Buletin

PUSAT 4S HONDA TERBESAR DI PANTAI TIMUR DIBUKA

 

 

Ban Chu Bee Sdn. Bhd. (Ban Chu Bee) baru-baru ini membuka pusat 4S terbesar di Kelantan serta kawasan Pantai Timur.

Pusat 4S yang melibatkan pelaburan RM22 juta itu pasti dapat menawarkan khidmat selepas jualan yang lebih baik kepada pelanggan Honda, terutama Kelantan.

Ia memiliki 20 ruang penyelenggaraan yang terdiri daripada lima servis pantas, satu servis tayar, lapan tempat servis umum dan satu ruang membaiki system pendingin hawa.

Ban Chu Bee sudah bersama jenama Honda selama tiga dekad. Pusat 4S ini memiliki keluasan tanah seluas 152,460 kaki persegi. Jumlah keluasan binaan pula 62,200 kaki persegi merangkumi ruang jualan, servis, alat ganti, badan dan cat di bawah satu bumbung.  Pelanggan juga boleh menikmati kawasan lounge, wifi percuma, Kid7s Corner dan surau yang selesa.

Pengambilan servis di Kelantan pada tahun 2016 adalah sebanyak 22,600. Dengan adanya pusat 4S ini, jumlah itu pasti meningkat kerana ia mampu menyelenggara sehingga 100 unit kenderaan sehari.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, “Tahun lalu, Honda Malaysia menjual 91,830 unit kenderaan dan kawasan Pantai Timur menyumbang sebanyak lapan peratus atau 7,200 unit.”

Kelantan menyumbang 34.6 peratus daripada angka tersebut dengan Honda Jazz menjadi pilihan pengguna di sana. Dalam tempoh lima tahun, jualan Honda Malaysia di Pantai Timur meningkatkan sebanyak 172 peratus.

Honda Malaysia memulakan tahun 2017 dengan momentum positif apabila Honda BR-V mendapat sambutan hangat apabila lebih 5,200 unit telah didaftarkan sejak dilancarkan pada Januari, Sedan Honda City pula menerima hampir 3,000 tempahan dalam tempoh hanya tiga minggu.

“Dengan dua pelancaran dan dua lagi model baharu, kami menjangkakan pasaran akan terus berkembang, termasuk di Kelantan. Maka pembukaan Pusat 4S Honda Ban Chu Bee ini memang tepat pada masanya,” tambah Hayashi.

Untuk membuat temu janji, pelanggan boleh menghubungi Pusat 4S Honda Ban Chu Bee di talian 09-744 3337 / 09-744 5893 / Lot 1349, Jalan Pasir Mas-Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan. Layari laman web: www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

BACA: SENARAI USAP HONDA CITY FACELIFT YANG PERLU ANDA TAHU

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button