BuletinMotosikal

IDEA UNIK KTM UNICYCLE OLEH PEREKA ARGENTINA

Komputer dengan perisian canggih membolehkan manusia memanipulasi objek dan menzahirkan impian menerusi imej. Apa saja boleh dibuat dengan kemahiran yang ada dan anda boleh melihat pakar-pakar adobe photoshop membuat suntingan ataupun lukisan 3D melangkaui akal fikiran logik.


Namun semua objek zahir pada hari ini bermula dengan satu lakaran di skrin komputer. Bagi seorang pereka grafik dari Argentina Ricardo Gutiérrez Bustos, beliau ada idea yang unik untuk dipersembahkan kepada pihak KTM.

Ideanya ialah sebuah kenderaan satu roda atau unicycle dengan berkonsepkan elektrik. Gutiérrez mengandaikan ia adalah teknologi kenderaan imbang-diri (self-balance) yang akan jadi pilihan pengangkutan bandar masa hadapan. Selain saiznya yang kecil, ia mudah dibawa, diparkir dan juga menjimatkan ruang jalan.

Ia menggunakan teknologi pengesan sensor gyro terkini yang dimajukan lagi daripada asas sebuah Segway. Unicycle ini dipasangkan dengan bar hendal yang membolehkannya dikawal dengan lebih cekap. Motosikal satu roda ini juga mengambil contoh skema warna KTM dan apa yang kami lihat secara visual, kami memang suka ideanya!

BACA: HONDA RIDING ASIST, MOTOR BERDIRI SENDIRI

BACA: ARMOTIA, MOTOR ELEKTRIK 2WD

Google ads
Back to top button