
PROJEK POLO P VOLKSWAGEN
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan projek pertama “Polo P”. Projek itu khusus untuk mendidik pemandu yang baru mendapat lesen memandu dengan kemahiran dan pengetahuan agar sentiasa selamat di atas jalan raya.
Projek “Polo P” akan dijalankan di beberapa buah kolej dan kampus universiti terpilih. Dalam kursus yang berlangsung pada hujung minggu itu, para peserta akan diajar dengan aspek penyelenggaraan asas kenderaan, titik pemeriksaan visual, posisi duduk dan cara memegang stereng yang betul. Pemanduan defensif yang merangkumi brek kecemasan dan slalom turut diajar.
Semua latihan memandu ini akan menggunakan Volkswagen Polo 1.6L hatchback. Walaupun nampak kecil, tetapi ia memang seronok untuk dipandu.
Kereta kompak ini sangat sesuai dengan golongan remaja dan mereka yang berjiwa muda. Polo hatchback yang dijana oleh enjin bersesaran 1.6 liter dan kotak gear automatik enam kelajuan itu menjanjikan kualiti pemanduan yang mengujakan.
Rangkaian kuasa itu juga menawarkan tork maksimum 153Nm dengan penggunaan bahan api cuma 6.3L bagi setiap 100km.
Projek “Polo P” sudahpun bermula hujung minggu lalu di kampus UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) Sg Long. Tetapi tarikh dan lokasi kampus untuk Projek “Polo P” seterusnya adalah seperti berikut:
Tarikh | Lokasi |
25 & 26 Mac | UTAR Campus, Sungai Long |
8 & 9 April | Nilai University, Seremban |
8 & 9 Julai | Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya |
19 & 20 Ogos | Sunway College, Johor Bahru |
Untuk mendaftar dan mendapatkan kemas kini Projek “Polo P” pada masa depan, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my atau hantar mesej peribadi ke Facebook Volkswagen.