Buletin

PUSAT KENDERAAN TERPAKAI MAZDA ANSHIN

Bermaz Motor baru-baru ini membuka pusat kereta terpakai rasminya yang dikenali sebagai Mazda Anshin.

Mazda-Ashin-Pre-Owned-car-centre-mekanika (5)

Anshin ialah perkataan Jepun yang membawa maksud ketenangan minda. Di pusat kereta terpakai itu, harga kereta Mazda adalah lebih mampu milik, tanpa berkompromi dengan kualitinya.

Pelaksanaan pusat ini bertujuan mengekalkan harga kereta terpakai Mazda. Pada masa yang sama memberi lebih keyakinan kepada pelanggan untuk memiliki kenderaan sebegini.

Mazda-Ashin-Pre-Owned-car-centre-mekanika (2)

Memang sukar untuk menyatakan dengan tepat  berapa peratus lebih murah berbanding kedai jualan kereta terpakai yang lain. Namun, Bermaz memberi jaminan bahawa kereta terpakai ini telah diservis dan diselenggara dengan cara yang terbaik.

Untuk makluman, kereta terpakai ini adalah kereta demo yang digunakan oleh pihak pengurusan Bermaz. Ia telah digunakan sekurang-kurangnya selama enam bulan. Jadi, usia dan perbatuan setiap kenderaan ini adalah berbeza.

Mazda-Ashin-Pre-Owned-car-centre-mekanika (1)

Setiap kereta terpakai ini akan meneruskan program penyelenggaraan percuma yang masih  berbaki sehinggalah tarikh atau ia mencapai perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Pusat kereta terpakai Mazda Ashin terletak dua kilometer dari ibu pejabat Mazda di Glenmarie Shah Alam, Selangor.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button