Buletin

PUSAT SERVIS TOYOTA JAMIN KETENANGAN PEMILIKAN KERETA TOYOTA, TAWAR KESELESAAN DAN KOS MESRA BAJET

Penyelenggaraan atau servis kereta sememangnya perkara penting bagi memastikan kenderaan kita sentiasa dalam kondisi terbaik.

Umum mengetahui bahawa tujuan utama servis adalah sebagai pencegahan bagi memastikan kereta selamat digunakan dan tidak mengalami kerosakan.

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga pengguna memilih untuk pergi ke pusat servis kereta sah. Hasilnya, ramai pengguna mengadu terutamanya mengenai bayaran dikenakan.

Untuk itu, melalui juruteknik berkemahiran, pusat servis Toyota menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan, sama ada dari segi kos servis, keselesaan serta dibekalkan dengan alat ganti tulen.

Bukan itu sahaja, juruteknik terlatih Toyota sentiasa dikemas kini dengan teknologi Toyota terkini supaya dapat melihat semua keperluan pembaikan kenderaan.

Kelebihan lain apabila menghantar kereta ke pusat servis sah ialah ia akan menjadikan kereta anda mempunyai nilai jualan semula lebih tinggi.

Dari segi keselesaan pula, Toyota turut menyediakan Perkhidmatan Early Bird, bagi membolehkan anda menghantar kenderaan untuk diservis walaupun sebelum pusat servis dibuka.

Tambahan, pelanggan juga boleh membuat pembayaran dengan mudah apabila anda menghantar kereta Toyota anda untuk perkhidmatan dan pembaikan berjadual.

Bagi memastikan kepuasan pelanggan, pasukan pakar Toyota menjaminkan kepuasan pemilikan bermula daripada aktiviti jualan, penyelenggaraan dan pemilikan sekaligus pemilik Toyota pasti mendapat ketenangan minda.

Jadi, sekiranya sudah sampai masanya kereta anda untuk diservis, pastikan anda membuat temu janji di pusat servis Toyota di https://www.toyota.com.my/en/servicing-and-support/service-maintenance.html

Google ads
Back to top button