Artikel Pilihan

INTERNATIONAL RALLY OF JOHOR 2018 SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG

Dunia rali tempatan kembali riuh dan meriah setelah pusingan pertama yang sepatutnya berlangsung di Perak terpaksa di tunda akibat bertembung dengan tarikh penamaan calon PRU tempohari. Sedang berlangsung sekarang, Internatiolnal Rally of Johor 2018 (IROJ), bersempena dengan pusingan pertama Malaysian Rally Championship (MRC) dan juga pusingan ketiga Asia Pacific Rally Championship (APRC).

BACA : INTERNATIONAL RALLY OF JOHOR 2017 SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG

BACA : OLE CHRISTIAN VEIBY JUARA APRC JOHOR – 4 MINIT DIDEPAN PEMENANG KEDUA

Lewat petang semalam telah berlangsungnya upacara pelepasan yang diadakan kembali di perkarangan Plaza Angsana JB oleh YB Liow Cai Tung, selaku Exco Pembangunan Wanita dan Industri Pelancongan Johor.. Kemeriahan IROJ boleh dirasakan apabila sebanyak 30 buah kenderaan termasuklah Wagon yang menyertai flag-off dalam keadaan yang boleh tahan terik juga.

Untuk kategori saingan APRC, penyertaan dilihat agak suam kuku berbanding tahun sudah. Saingan lebih dilihat terarah diantara dua pemandu Cusco Racing nampak gayanya, Yuya Sumiyama dan juga Mike Young yang masing-masing memandu Skoda Fabia R5 dan juga Toyota Vitz AP4. Selain daripada itu Abhilash PG dari India yang memandu Subaru Impreza turut bakal memberikan saingan dalam kategori yang sama selain daripada pemandu Malaysia Abdul Kaathir yang memandu Satria Neo.

Walaupun hanya memandu jentera 2WD, setidaknya dapat juga mengharumkan nama Malaysia dan Proton setidaknya. Lama sangat dah Malaysia tidak menghantar wakil dalam saingan APRC ini.

Manakala untuk saingan MRC, sudah tentu tumpuan dan tekanan terarah kepada peyandang juara, Roduwan Rashid bersama pasukannya, One Motorsport BDRT. Menariknya tentang pasukan yang berpangkalan di Beranang ini, mereka membariskan sembilan buah jentera pelbagai kategori bagi memastikan pasukan mereka berupaya untuk mengutip mata dan nama dalam kelas masing-masing. Henzee juga telah dinaikkan pangkat apabila bakal memandu Subaru Impreza Wagon, sekaligus berpeluang untuk “melawan” bos beliau sendiri.

Akan tetapi, pasukan MRU Motorsports yang agak tenggelam pada musim lalu, kini turut hadir dengan barisan pelumba dan kereta yang lebih hebat diketuai sendiri oleh Saudara Rafiq Udhaya. Bermula musim ini juga, MRU Motorsports turut bekerjasama dengan IKBN Temerloh dari segi penyediaan kereta, yang mana mereka turut berguru dengan One Motorsport sebelum ini.

Walaupun ketiadaan pelumba rali negara, Karamjit Singh untuk saingan kali ini, kemeriahan rali kali ini dapat dirasakan apabila kehadiran beberapa pelumba dari Indonesia yang mewakili pasukan tempatan seperti Julian Johan (One Motorsport), Putra Rizky (MRU Motorsports) dan juga Robi Agusman (23 Motors).

Pusingan pertama Johor ini juga turut menyaksikan penyertaaan pasukan baharu seperti 23 Motors dan juga OTFT Rally Team ke dalam saingan MRC bagi musim 2018.

Jadinya, barang siapa yang berada di sekitar Kota Tinggi, silalah jenguk-jenguk ke Ladang Tai Tak. Sedap sebenarnya dapat tonton kereta laju-laju depan mata ni ratah selekoh pokok kelapa sawit. Mujur juga ada Live FB. Boleh juga Brader Karrager layan.

Kredit Foto : MalaysianRally

Google ads

B K

Back to top button