Artikel Pilihan

RAMAI PEMANDU YANG BELUM FAHAM FUNGSI DRL (DAYTIME RUNNING LIGHTS)

DRL ataupun Daytime Running Lights ialah satu aksesori tambahan wajib mengikut undang-undang Kesatuan Eropah bagi membolehkan kenderaan dilihat dengan jelas bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya. Ia diwajibkan pada kesemua kereta yang dipasarkan di Eropah bermula tahun 2012. Disebabkan itu jugalah kebanyakan kereta moden kini dilengkapi dengan teknologi ini walaupun ia tidak diwajibkan di kebanyakan negara lain.

Pernah tak anda memandu dan berselisih dengan kenderaan yang cuma menyalakan lampu DRL sahaja (sebenarnya bukan dinyalakan sebab biasanya ia secara automatik menyala bila kereta dihidupkan) tanpa menyalakan lampu utama. Sebenarnya semakin ramai pemandu yang cuai dalam menyalakan lampu utama kenderaan kerana menyangka ia sudah dihidupkan pada hal ianya lampu DRL.

Perlu diingatkan walaupun lampu DRL ini agak terang tapi ia tidak akan menggantikan fungsi lampu-lampu utama. Tambahan pula DRL biasanya hanya terletak di hadapan kenderaan dan tidak di belakang (kecuali model-model Audi tertentu yang memang lengkap dengan lampu DRL depan dan belakang).

BACA: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN HARAMKAN LAMPU HID – DENDA RM2K ATAU PENJARA 6 BULAN!

Ia berlaku di serata dunia malangnya tidak ada kajian yang dijalankan sepertimana di UK di mana pihak Committee for Risk Assessment (RAC) telahj melakukan kajian terhadap lebih 2,000 pengguna jalanraya. Kajian mendapati lebih 60 peratus pemandu mendakwa sering melihat pemandu memandu dalam suasana gelap tanpa menyalakan lampu utama dan hanya bergantung kepada DRL semata-mata.

Bayangkan memandu dalam suasana berkabus dengan jarak penglihatan terhad tiba-tiba ada kereta di hadapan and sedang merangkak tanpa menyalakan lampu belakang (kalau Vios mungkin lain ceritanya). Tak ke naya kalau terhentam kereta hadapan.

Jurucakap RAC, Pete Williams berkata yang ianya cukup membimbangkan kerana ramai yang menyangka bila DRL berfungsi, lampu belakang mereka juga menyala. Tapi bila kita fikir balik, ramai juga pemandu yang memang kedekut menyalakan lampu walaupun dalam keadaan gelap ataupun berkabus (kecuali segelintir pemandu Vios). Mungkin juga mereka menyangka bila menyalakan lampu-lampu kereta mereka bil elektrik rumah mereka akan melambung setinggi langit.

Bila ditanya sama ada kereta mereka dilengkapi DRL ataupun tidak, 47 peratus menjawab tidak, 29 peratus mengatakan DRL cuma ada di depan dan 14 peratus mengatakan ada di depan dan belakang. Selebihnya tahu DRL ada di depan tapi tidak pasti tentang belakang.

DRL sebenarnya berfungsi untuk membolehkan kenderaan anda dilihat dan bukannya untuk menerangi pemanduan anda di waktu malam. Kalau semua faham fungsi sebenar mungkin tiada masalah tapi masalah foglight belakang pun ramai sampai hari ni tak faham-faham. Mana-mana yang baru beli kereta tu rajin-rajinlah belek dan baca buku manual tu sebab semuanya dah diterangkan dalam tu.

Google ads
Back to top button