BuletinMotosikal

RASMI: HLYM LANCARKAN YAMAHA YZF-R15 . SPESIFIKASI TINGGI. RM11,988

Hong Leong Yamaha Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan model terbaru R15 bertempat di Stadium Batu Kawan Pulau PInang. Ia diadakan bersempena dengan Karnival Gen Blue yang akan bermula esok.

Seperti yang pernah kami spekulasi sebelum ini, HLYM akan membawa masuk model dengan spesifikasi tertinggi iaitu spesifikasi sama seperti yang ditawarkan di Indonesia.

Paling jelas ialah penggunaan suspensi hadapan jenis USD berbeza dengan spesifikasi India dengan suspensi teleskopik konvensional. Sebagai perbandingan, Yamaha R25 pun masih menggunakan suspensi jenis konvensional.

BACA: YAMAHA R15 MALAYSIA VS INDIA

Walaupun lebih kecil, YZF-R15 lebih sofistikated berbanding abang-abangnya yang lain seperti R25 dan R3. R15 V3 ialah yang pertama dalam keluarga kecil menggunakan suspensi teleskopik USD di hadapan. Model terbaru ini dilengkapi teknologi kepala selinder VVA (sama seperti NVX).

Ia juga didatangkan dengan lampu jenis LED depan dan belakang, panel instrumentasi digital LED dengan indikator penukaran gear, tayar lebih lebar dan rekaan baru yang cukup sporty.

R15 yang mewarisi DNA model supersports YZF-R1 itu dibina dengan peningkatan dari segi prestasinya. Jentera tersebut juga popular kerana penampilannya yang garang.

Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2008, R15 adalah varian keluarga “R” terkecil dengan enjin selinder tunggal empat lejang. Kemudian, ia dinaiktaraf pada 2014 bagi versi V2 dan pada januari lalu versi ketiga (V3) menemui peminatnya di Indonesia dengan gaya yang lebih mengancam.

Harga jualan yang diletakkan HLYM ialah RM11,988. Ia bertepatan dengan jangkaan awal kami sebelum ini iaitu sekitar RM12-RM13K.

Terdapat TIGA warna pilihan iaitu BIRU, HITAM dan KUNING.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button