Buletin

CHERY DEDAH SPESIFIKASI OMODA 5 DAN TIGGO 8 PRO, DILANCARKAN JULAI INI

Selepas mengumumkan pelancaran rasmi bakal diadakan pada Julai ini, Chery hari ini turut mendedahkan perincian serta spesifikasi bagi model Chery Omoda 5 serta Tiggo 8 Pro.

Dari segi dimensi, Omoda 5 berukuran 4,400mm panjang, 1,830mm lebar, 1,585mm tinggi sementara  jarak roda sepanjang 2,630mm.

SUV itu menampilkan bahasa reka bentuk “Art in Motion” Chery yang baru dibangunkan, menggabungkan teknologi termaju dengan gaya dinamik.

Reka bentuk hadapan SUV ini diserlahkan gril matriks berlian dan lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk T.

Di bahagian belakang terdapat lampu belakang LED sementara bahagian sisi pula diserlahkan lagi dengan rim bersaiz 18-inci.

Menurut Chery, SUV itu direka dengan ‘golden ratio of Pythagoras’, di mana nisbah ketinggian-lebar  adalah bersamaan 0.8677.

Di dalam kabin, ia dilengkapi instrumen digital serta skrin sentuh tengah berukuran 10.25 inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar manakala sistem bunyi pula dari Sony, lapan pembesar suara.

Perincian lain termasuklah port USB, gear selector, brek parkir elektronik, media dial, butang untuk around-view monitor, mod pemanduan serta hazard lights.

Dari aspek keselamatan, terdapat enam beg udara, kawalan pelayaran adaptif, bantuan lorong, pemantauan titik buta dan brek kecemasan autonomi.

Model Chery Omoda 5 berspesifikasi Malaysia menampilkan enjin petrol empat silinder pengecas turbo 1.5 liter, menghasilkan 156hp dan tork 230 Nm. Ia dipadankan bersama continuously variable transmission (CVT) 9-kelajuan.

CHERY TIGGO 8 PRO

Selain Chery Omoda 5, turut bakal berada di pasaran Malaysia ialah model Tiggo 8 Pro, tetapi ia sebenarnya bukan kereta yang sama seperti ditunjukkan dalam pratonton tahun lepas.

Sebaliknya, pasaran Malaysia bakal menerima Tiggo 8 Pro Max, di mana ia baru sahaja membuat debut rasminya di China.

Tiggo 8 Pro mempunyai ukuran dimensi 4,722mm panjang, 1,860mm lebar, 1,705mm tinggi dan jarak roda pada 2,710mm.

Sebagai perbandingan dengan Proton X90, ia berukuran sepanjang 4,830mm, 1,900mm (lebar), 1,764mm (tinggi) sementara jarak roda pula 2,805mm.

Chery Tiggo 8 Pro dipadankan bersama gril hadapan berinspirasikan “galaksi”, sisipan berbentuk prisma baharu selain dikemaskan lagi dengan lambang Chery.

Di bahagian belakang, Tiggo 8 Pro juga  dilengkapi dengan lampu lebar penuh baharu, di samping lampu brek ketiga yang disepadukan ke dalam spoiler.

Selain itu, Tiggo 8 Pro tampil dengan rim bersaiz 19-inci, satu inci lebih besar berbanding unit semasa pratonton tempatan.

Di bahagian dalam, SUV itu mendapat reka bentuk kontemporari, menampilkan skrin bercantum (intelligent curved dual screen) bersaiz 24.6-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, gril pembesar suara gaya Burmester serta lapan pembesar suara jenama Sony.

Perincian lain adalah seperti berikut:

  • brek parking elektronik
  • lampu ambien pelbagai warna
  • tempat duduk hadapan elektrik dengan fungsi pemanasan
  • penyaman udara dwi-zon auto panoramic sunroof elektronik
  • pengecas telefon tanpa wayar

Untuk keselamatan, ia turut dimuatkan dengan ADAS merangkumi fungsi seperti amaran/penyimpanan keluar lorong, pengesanan titik buta, amaran pintu terbuka, amaran lalu lintas silang belakang, kawalan pelayaran adaptif serta amaran perlanggaran hadapan dan brek automatik (AEB).

Dari segi kuasa, Tiggo 8 Pro dipacu oleh enjin empat silinder pengecas turbo 2.0 liter, menghamburkan kuasa 252hp, tork 390Nm dan dipadankan bersama dual-clutch transmission (DCT) 7-kelajuan.  

Tiggo 8 Pro terdapat tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.

GALERI:

Chery Omoda 5

Tiggo 8 Pro

Google ads
Back to top button