Buletin

REMUK TERUK, TETAPI TOYOTA 86 INI MASIH BOLEH BERGERAK

Toyota memang terkenal kenderaan yang tahan lasak dan boleh dipercayai. 

Keadaan ini dibuktikan oleh satu klip pendek yang menunjukkan sebuah Toyota 86 masih boleh bergerak, walaupun sudah remuk teruk akibat terlibat dalam satu kemalangan. 

It’ll buff out… 😂 Via: 417motoringparts on IG 🤘🏼

Posted by 1320Video.com on Selasa, 25 Jun 2019

86 tahun 2019 berwarna hitam berkilat itu dikatakan berada dalam lot kedai 417 Motoring Parts untuk diambil alat gantinya. 

Tidak lama selepas diambil oleh pihak 417 Motoring Parts, seorang kakitangannya menyiarkan satu klip video itu masih boleh bergerak tanpa sebarang masalah. 

Jentera itu dilapor melanggar pokok atau tiang yang menyebabkan bahagian sisi kanannya rosak teruk. Cermin utama juga pecah dan tidak lagi dapat diselamatkan. 

Enjinnya bagaimanapun dijual di laman Instagram pada harga AS$3,300 (RM13,662) dengan perbatuan hanya 10,460km. 

Tags
Google ads
Back to top button