Artikel Pilihan

RENAULT 5 TURBO BAHARU BAKAL MUNCUL DENGAN KUASA YANG MENGGILA – POWER WEH

Hot hatch berkuasa elektrik memang sudah lama wujud tapi pemain-pemain dalam kategori ni tak banyak. Model yang biasa kita dengar ialah Abarth 500e, Cupra Born VZ, Mini John Cooper Works dan MG4 XPower. Renault berhasrat untuk menundukkan kesemua nama di atas termasuklah model mereka sendiri Alpine A290. Model yang bakal dihasilkan ialah Renault 5 Turbo.

Jangan salah faham, nama je sama dengan model klasik tu tapi ia sebenarnya sebuah model EV dengan nama Turbo. Sama macam Porsche taycan Turbo. Pelik bukan? Celah mana dia nak letak turbo tu?

Walaupun sebelum ini ramai yang menyangka ia cuma konsep namun Renault menegaskan yang ia bukannya semata-mata untuk pertunjukan. Ia akan diproduksikan dengan tetapan RWD. Samaseprti model asal cuma kali ni enjin 1.4 liter terdahulu akan digantikan dengan motor elektrik yang bakal menghasilkan tiga kali ganda kuasa enjin asal.

Renault menganggarkan 500hp kuasa ataupun lebih 285hp berbanding Alpine A290. Perbezaan 5 Turbo 3E dengan Renault 5 standard jauh berbeza sekitar 350hp! Tork maksima tidak dinyatakan tapi yang pastinya pecutan 0-100 kmj hanya mengambil masa 3.5 saat.

Rekaan badan keseluruhan kelihatan cukup futuristik dan sporty. Bayangkan hot hatch dengan rim bersaiz 20 inci. Gempak habis weh. Tayar yang digunakan memang saiz supercar, 245/35 ZR20 di depan dan 275/35 ZR20 di belakang.

Kalau EV macam ni memang berbaloi la beli. Bukan untuk jalan jauh pun dan sesuai la untuk lepas gian sekali-sekala. Harap-harap tak terlepas ke tangan influencer yang suka memecut membabi-buta tanpa memikirkan keselamatan dan nasib anak isteri pengguna jalan raya lain.

Google ads
"
"
Back to top button