Buletin

RENAULT LUASKAN RANGKAIAN KE SEREMBAN

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia meluaskan lagi rangkaian pusat pamerannya di Seremban, Negeri Sembilan.

Renault-showroom-Seremban-mekanika (2)

Terletak di lokasi strategik di bandar baharu Seremban di Jalan Era Square 2, Era Square, pusat jualan itu dibina berasaskan pelan pengembangan strategik TC Euro Cars. Ini bagi mengukuhkan lagi kehadiran jenama Renault di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.

“Berikutan kejayaan pelaksanaan reka bentuk baharu serta strategi Renault sebagaimana yang boleh dilihat pada model Renault Captur dan Clio GT Line baharu, momentum jenama ini terus berkembang di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

“Bilik pameran baharu di Seremban ini membolehkan kami meningkatkan jangkauan dan berinteraksi dengan lebih ramai pelanggan,” jelasnya.

Dikendalikan oleh AJ Premium Motors, pusat 1S Renault itu akan mempamerkan dan menjual model urban crossover Renault Captur baharu dan hot hatch sporty Clio GT Line.

Bagi memastikan para pelanggan di kawasan tersebut mendapat pengalaman khidmat selepas jualan dan servis terbaik, TC Euro Cars akan memanfaatkan kekuatan rangkaian selepas jualan Tan Chong Group.

Semua pelanggan di berhampiran boleh melakukan servis kenderaan mereka di pusat servis Tan Chong Ekspres Auto Servis yang terletak di Jalan Lombong Emas 6 di Seremban Light Industrial Park. Hanya lima kilometer dari bilik pameran baharu itu.

Sehingga kini, Renault memiliki 15 buah bilik pameran di Semenanjung Malaysia dan 14 pusat servis di seluruh negara termasuk di Malaysia Timur.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button