Artikel Pilihan

REPLIKA LAMBORGHINI GALLARDO TERBAIK PERNAH DIHASILKAN – KAMI BAGI 4 BINTANG

Cerita pasal kereta-kereta replika supercar ataupun supercar tiruan ni dah banyak kali kita dengar. Ada yang betul-betul cantik buatannya dan ada juga yang nampak macam dibuat dengan kaki kat dalam kandang kambing.

Tapi bila kita lihat Lamborghini Gallardo LP560-4 Spyder dalam gambar ni, kita tahu yang ini bukan dibuat dengan kaki sambil kunyah kuaci cap bunga-bunga matahari.

Lamborghini Gallardo ini asalnya dilahirkan sebagai sebuah Mitsubishi Eclipse Spyder. Kira okeylah sebab asasnya pun memang sebuah model sport dan bukannya menggunakan badan asal Gen2. Tapi memang 100 peratus dah hilang rupa asal Eclipse ni.

Kalau nak tahu dengan lebih mendalam, anda boleh cuba tonton pautan video di bawah yang menjelaskan dengan menyeluruh segala proses yang dilakukan untuk menghasilkan model replika ini. Memang rumit weh, bukan main tukar-tukar panel je.

Keseluruhan panel badan asal Mitsubishi ditogelkan terus sebelum bodykit penuh Gallardo dihasilkan menggunakan material gentian kaca. Potongan dibuat di sana sini sebelum kit badan gentian berjaya dipasang dengan kemas.

Satu lagi berkenaan projek seperti ini, pembikin biasa melakukan modifikasi yang minima pada bahagian dalaman. Tidak bagi kereta replika ini kerana bukan hanya bahagian luaran, komponen dalamannya juga turut disentuh bagi menjelmakan keadaan dalaman Lamborghini yang sebenar.

Papan pemuka, konsol tengah dan segala butangnya memang seolah-olah diambil terus dari halfcut Gallardo asal. Hebat kerja diorang ni.

Dilihat pada hasilnya, ia bukannya murah dan dianggarkan bernilai hampir USD32,000 (RM133,000). Tidak murah tetapi jauh lebih murah daripada Gallardo original. Yang lebih penting cukai jalan semestinya lebih murah.

Satu je yang mungkin menyebabkan kereta ni akan kantoi kalau peminat Lamborghini sebenar melihatnya. Anda rasa bahagian mana?

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button