
ATOM ASEAN 2025 – MALAYSIA KE ARAH LOJI NUKLEAR PERTAMA?
Pada minggu lepas 11-15 Ogos 2025, telah berlangsung persidangan ke 12 ASEAN Network Of Regulatory Bodies Of Atomic Energy, ASEAN ATOM 2025, di Johor Bahru.
Sejak ianya ditubuhkan pada 2013, badan ini berperanan sebagai menyelia, menyelaras, menganjurkan dialog berkenaan penggunaan tenaga atom di dalam pelbagai lapangan peringkat asean, dari bidang perubatan, penyelidikan serta potensi tenaga nuclear di peringkat ASEAN.
Selaku Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dialog berlaku di Johor Bahru, dan menerima kunjungan delegasi dari negara serantau, serta libat urus bersama agensi kerajaan, industri, institusi pendidikan tempatan, Kementerian Sains Dan Teknologi (MOSTI).
Walaupun acara ini tidak mendapat hebahan media yang meluas, ianya adalah tanda bahawa Malaysia dalam tahap serius untuk memulakan semula mengkaji serta membina loji nuklear, bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan sektor tenaga domestic, setelah inisiatif ini ditamatkan apabila Kerajaan Barisan Nasional jatuh pada 2018.
KEPERLUAN TENAGA MALAYSIA
Pertumbuhan penduduk, perubahan landskap ekonomi negara menyaksikan permintaan tenaga yang meningkat selari dengan peningkatan perindustrian.
Tetapi, ramai yang tidak sedar bahawa garis nyawa tenaga Malaysia sangat bergantung pada sumber fosil untuk stesen-stesen janakuasa domestik, dan import arang batu sebagai antara sumber utama.
Sebagai perbandingan, sehingga 2024, 81% elektrik yang dijana adalah dari sumber arang batu dan gas. Lebih khusus, 44% dari arang batu manakala hampir 37% dari gas asli. Sumber elektrik yang dijana dari “low carbon”, yang merupakan sangat penting bagi kemampanan masa depan dan lebih mesra alam sekitar, hanya 19% sahaja dari janaan elektrik negara.
Sumber tenaga dari hydro, yang biasa dari empangan, antara sumber tenaga utama “low carbon” merupakan 16% sumber tenaga elektrik negara, dan tenaga solar hanya menyumbang 2%.
Dari komposisi peratusan ini, ianya jelas di mana Malaysia perlu segera mempelbagaikan portfolio sumber tenaga bersih dan mengurangkan kebergantungan utama pada sumber fosil, seterusnya mengukuhkan keselamatan dan kedaulatan tenaga negara.
Kelemahan utama tenaga hidro, solar adalah dimana kekangan lokasi, cuaca, serta janaan yang tidak konsisten untuk dibekalkan pada grid tenaga kebangsaan. Masalah ini telah berlaku di Portugal pada pertengahan 2025.
Ini berbeza dengan tenaga yang dijana loji nuKlear, dimana ianya menawarkan janaan ‘base load power’ yang konsisten selama berpuluh tahun sejak dioperasikan. Malah ianya sumber tenaga bersih bebas karbon, selari dengan Visi Malaysia kearah net zero carbon 2050.
KELEBIHAN LOJI NUKLEAR SEBAGAI SUMBER TENAGA UTAMA NEGARA
Pembangunan Loji Nuklear Malaysia akan mengukuhkan kedaulatan tenaga di mana dapat mengurangkan kebergantungan import arang batu secara drastic
Selain itu, ianya adalah sumber tenaga bersih yang sangat baik, hampir sifar pelepasan karbon, tidak seperti sumber fosil.
Loji nuklear dapat beroperasi dengan tahap kecekapan yang sangat tinggi, di mana hasil tenaga yang besar dijana dengan jumlah bahan api yang sangat kecil ( uranium ) untuk tempoh yang lama.
Ianya stabil, mempunyai keboleharapan yang tinggi, tidak bergantung pada cuaca dan cahaya matahari.
Walaupun kos pembinaan tinggi pada mulanya, kos operasinya akan lebih murah dalam jangka masa jangka yang panjang.
Malah, pembangunan loji, teknologi dan kepakaran untuk mengoperasikan adalah peluang untuk merubah landskap kepakaran negaram dalam bidang nuklear, kejuruteraan, keselamatan, sains, dan ‘waste management’ kearah negara berteknologi tinggi.
Malah, Malaysia mempunyai banyak kelebihan dari segi geografi, ‘sweet spot’ untuk mengoperasikan loji nuklear.
Antaranya bebas dari zon gempa, berada di garisan khalutistiwa dan wilayah yang kurang aktiviti tektonik berbanding negara-negara lain, membuatkan ianya sangat berpotensi dan selamat beroperasi.
Bayangkan kelebihan ini digunakan, dan Malaysia berpotensi mendapat keuntungan, boleh menjual tenaga lebihan janaan loji kuasa nuclear pada negara jiran seperti Singapura, Thailand melalui grid tenaga rentas sempadan.
Sepertimana kata Ayman Rasydan Wong, geografi itu adalah takdir. Maka kita harus gunakan sebaiknya.
MENGURUS NARATIF DAN STIGMA NEGATIF
Sejak wujud tenaga nuclear sebagai sumber tenaga pada 1950an, ianya sering diberi stigma yang sangat negative selama bertahun-tahun, walhal kejuruteraan dan aplikasi nuclear, pengurusan radiasi sangat banyak digunakan dalam kehidupan seharian, di pelbagai sektor.
Kita harus berlaku adil di mana, teknoloji loji nuklear, semakin maju dan selamat sepanjang tempoh 70 tahun pengenalan pertamanya. Teknologinya semakin moden di mana reactor nuclear telah dibina dengan rekabentuk generasi terbaru, dengan rekabentuk yang semakin selamat.
Pengurusan sisa nuklear juga telah banyak berubah dan moden, selamat, serta telah terbukti dapat diuruskan dengan baik di pelbagai negara. Kesedaran awam, libat urus, wacana, perlu dilakukan secara konsisten antaranya perkongsian fakta saintifik untuk mendidik pelbagai lapisan masyarakat.
Malah tanggapan negatif persepsi kos pembangunan loji nuclear yang mahal, perlu djelaskan denagn berterusan di mana pulangan jangka masa panjang yang lebih menguntungkan negara.
Pembangunan loji nuklear Malaysia perlu, disokong kerana ianya sendiri membawa naratif geopolitik, sebagai negara membangun berani progresif ke tenaga baru masa depan, untuk mengukuhkan kemandirian tenaga domestik, sepertimana Perancis, Korea Selatan, UAE yang telah berjaya menggunakan nuklear dengan selamat berpuluh tahun.
Malah, Bangladesh yang sering dilihat sebagai negara miskin, mundur, telah membina dan akan mengoperasikan 2 Loji Nuklear baru yang dibina Russia. Loji nuclear pertama Bangladesh, ‘Rooppur Nuclear Plant’, dijangka akan mula beroperasi Dec 2025, dibina dan dibiaya oleh Russia dengan kos USD 12.5billion.
Mengapa Malaysia yang sering dicanang kearah negara maju, moden masih mempunyai stigma negatif ? Kerana wacana berkenaan teknologi, dasar, polisi masih tidak menjadi wadah arus perdana perbualan harian masyarakat.
AGENSI, IPT, SYARIKAT MALAYSIA DI ATOM ASEAN 2025
Dalam memastikan Malaysia untuk mengoperasikan loji nuklear pertama, ianya memerlukan semua pemegang taruh sedia, meningkatkan kemahiran untuk menyumbang dan menjadi sebahagian revolusi tenaga negara.
Universiti Teknologi Malaysia, telah mula menawarkan kursus sarjana muda Kejuruteraan Nuklear sejak 2013. Dengan modul program yang lengkap, UTM adalah IPTA pertama di negara ini yang bersedia melahirkan jurutera-jurutera nuclear untuk berkhidmat bukan sahaja di loji nuclear, malah apa sahaja industri yang berkaitan dengan radiasi, atom, serta pengurusan sisa radioaktif.
Modul pembelajaran digubal, antaranya pengajian reactor nuclear, rekabentuk dan kejuruteraan loji nuclear, nuclear physics serta heat transfer.
Fakulti Kejuruteraan Nuklear UTM di koordinasikan oleh Dr. Mohsin Bin Mohd Sies. Penulis berpeluang mendapatkan taklimat dari beliau untuk mendapatkan gambaran hala tuju, visi Fakulti Kejuruteraan Nuklear UTM ini dalam menyediakan jurutera nuclear professional.
TERRA Mineral Lab, adalah makmal moden dan maju, bertempat di Gopeng Perak, dibawah MBI Perak, di mana kepakaran mereka melakukan analisis serta ujian makmal berkaitan mineral, geochemical serta analisis silika, di mana TERRA juga berupaya melakukan Analisa ujian makmal bagi Rare Earth Element (REE) yang banyak depositnya di Malaysia. Pasukan TERRA Lab diketuai Ts. Muhammad Amirul Md Noor, terima kasih pada beliau banyak memberikan perkongsian keupayaan makmal tempatan untuk menguruskan pelbagai analisa, ujian dan ujikaji.
ALTEC Engineering SOLUTIONS, adalah syarikat khusus di dalam perkhidmatan kejuruteraan ‘non destructive testing ‘( NDT), juga membekalkan pelbagai peralatan NDT, untuk digunakan di sector minyak dan gas, industry, pembuatan, penyelenggaraan kapal dan janakuasa tenaga.
Perkhidmatan kejuruteraan seperti NDT untuk ‘static equipment’ dan Condition Base Monitoring (CBM) untuk ‘rotating equipment’ adalah mandatori bagi memastikan operasi selamat dan berkesan.
Terima kasih kepada Tuan Muhamad Saleh, Pengurus Teknikal Jualan ALTEC yang banyak membantu.
PENUTUP
Penggunaan nuclear sebagai sumber tenaga negara bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan.
Kita harus mula untuk mendidik serta merasionalkan pemikiran dan tanggapan, merubah pola narstif masyarakat kita untuk kemampanan kehidupan generasi akan datang.
Muhammad Faiq Bin Shaf’ii
18 Ogos 2025
Johor Bahru


