Artikel Pilihan

RIWAYAT HIDUP MAZDA BIANTE – MENGAPA MACAM SENDU JUGA?

Assalam dan Salam Sejahtera buat semua pembaca Mekanika yang baik hati. Nama aku adalah Mazda Biante. Aku adalah sebuah MPV bersaiz sederhana yang berasal dari Jepun. Dan ini adalah kisah hidup aku sepanjang berkelana di bumi Malaysia.

BACA : RIWAYAT HIDUP – AKU SEBUAH SUZUKI KIZASHI

BACA : RIWAYAT AKU SEBAGAI SEBUAH PROTON JUARA

Aku sememangnya berasal dari Tanah Jepun. Aku dillahirkan di kilang Mazda yang terletak di Hiroshima. Sebetulnya, keluarga aku tidak bercadang pun untuk menghantar aku berkelana di Malaysia. Nama Biante ini sengaja dipilih bagi menggambarkan keadaan susana. Lagi pun ianya dipilih daripada perkataan Itali, ambiente.

Sebagai sebuah MPV bersaiz sederhana dan sedikit berkotak, aku ini diletakkan di antara posisi Mazda Premacy (Mazda 5). Dengan saiz sebegini, aku sesuai untuk dimiliki oleh oleh pasangan muda yang mempunyai empat lima orang anak yang inginkan sebuah mode pengangkutan yang cukup selesa dan praktikal. Ketika aku mula dilancarkan pada tahun 2008, kira orait jugalah penerimaan yang diterima. Baik di Jepun mahupun untuk pasaran eksport.

Kalau dilihat dengan rupa dan saiz, pasti agakkan orang ramai tepat belaka.Aku ini sememangnya dsasarkan untuk bersaing secara terus dengan Nissan Serena. Iyalah, teringin juga aku nak one bye one dengan Nissan Serena ini kan. Tengok macam mana boleh pergi ke tidak.

Ketika aku diperkenalkan, Nissan Serena masih lagi bergenerasikan model ketiga (C25). Cuma bila Nissan mula melancarkan generasi keempat (C26) pada tahun 2010 barulah terasa fight sikit. Walau pun Nissan Serena boleh berbangga dengan model S-HYBRID, aku juga tidak kurang handal dengan penggunaan teknologi SKYACTIV yang mampu mempertingkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar sekaligus mempertingkatkan kuasa sebenar enjin.

Negara pertama yang aku sampai sesudah Jepun adalah Indonesia. Penerimaan yang diterima dari penduduk sana boleh tahan juga. Lepas jugalah sasaran jualan yang ditetapkan. Kemudiannya barulah beberapa negara Asia yang lain menerima aku termasuklah Malaysia. Itu pun lambat juga, hanya pada tahun 2013.

Tapi sewaktu di Malaysia, ternyata pembeli lebih menggemari jenama Nissan berbanding Mazda. Entah apa silapnya tidaklah pula aku ketahui. Cubaan untuk memberi saingan hanya tinggal saingan. Ternyata Serena C26 jauh lebih memikat hati pembeli. Bila generasi kelima C27 diperkenalkan, sambutannya lagilah menggila. Tenggelam terus aku di laut dalam. Lemas. Menamatkan terus riwayat aku.

Mazda pula tengok gaya macam tak berapa minat nak buat pengganti diri aku. Saudara aku si Premacy / Mazda 5 pun tampak macam menerima nasib yang serupa juga. Tumpu kepada segmen SUV dulu katanya.

Google ads
Back to top button