Buletin

RODIN FZERO BUATAN NEW ZEALAND. V10 TURBO HIBRID 1,159HP, BADAN GENTIAN KARBON, BERAT CUMA 698KG!

Tiga tahun selepas Rodin Cars New Zealand mempersembahkan kereta trek FZERO ektrem mereka, pengeluar itu mengesahkan bahawa pengeluaran jentera tersebut bakal dimulakan tidak lama lagi dengan unit pertama dijangka siap pada tahun 2023.

Rodin FZERO direka bentuk tanpa sebarang sekatan untuk kereta jalan raya atau kereta lumba dan bertujuan untuk menjadi kereta terpantas di litar.

Seperti mana-mana kereta trek yang sebenar, FZERO adalah sangat ringan. Dibina sepenuhnya menggunakan gentian karbon dan hanya seberat 698kg dengan panjang 5,500mm dan 2,200mm lebar. Rodin mengatakan bahawa semua komponen gentian karbon kereta itu mereka hasilkan sendiri.

Kereta itu dijana oleh enjin V10 turbo berkembar bersesaran 4.0 liter yang dibina oleh Rodin dan Neil Brown Engineering. Hanya seberat 132kg, ia menjadi enjin V10 paling ringan dan kompak pernah dihasilkan.

Syarikat itu berkata ia menghasilkan kuasa 1,159hp dan tork 1,026Nm dengan bantuan unit kuasa elektrik berkuasa 174hp, enjin itu boleh berputar sehingga 10,000rpm. Enjin itu kemudian digandingkan dengan transmisi lapan kelajuan yang dibina bersama Ricardo. Lengkap dengan sarung cetakan 3D titanium, kotak gear itu hanya seberat 66kg.

Banyak juga telah dibelanjakan untuk memastikan brek FZERO sama seperti ketika ia memecut. Ia dilengkapi cakera brek karbon bersaiz 380mm di hadapan dan belakang, angkup titanium enam piston hadapan dan empat omboh belakang. Brek itu juga menawarkan brek regeneratif untuk sistem hibrid.

Satu set rim OZ Racing 18 inci telah dibangunkan untuk kereta itu dengan lebar tayar hadapan 300mm dan tayar belakang 360mm.

Hal yang paling luar biasa tentang Rodin FZERO mampu menghasilkan sehingga 4,000kg downforce. Pengeluar kereta itu tidak menyatakan bagaimana ia mencapai angka ini, tetapi Rodin FZERO dicipta untuk mengelilingi litar lebih pantas daripada pelumba Formula 1 Grand Prix. Ia didakwa mampu mencapai kelajuan tertinggi 360km/j.

Namun begitu, pengeluar itu masih belum mengumumkan harga. Jadi, tunggu sahaja.

GALERI:

Google ads
Back to top button