Buletin

HYUNDAI MOTORS DIJANGKA UNTUNG RM34.2 BILION TAHUN INI. PERTAMA KALI DALAM SEJARAH

Buat pertama kali dalam sejarah, keuntungan operasi di Hyundai Motors dijangka mencecah RM34.2 bilion pada tahun ini.

Penganalisis pada mulanya menjangkakan keuntungan operasi pembuat kereta Korea itu akan melebihi RM27 bilion (AS$6.1 bilion) untuk 2022 tetapi telah menaikkan anggaran kepada lebih RM34.2 bilion ($7.7 bilion). Ini menyaksikan lonjakan sebanyak 51.9 peratus berbanding 2021, didorong oleh keputusan kukuh yang tidak dijangka pada suku kedua tahun itu.

Malah, keuntungan operasi Hyundai meningkat daripada RM6.5 Bilion ($1.46 bilion) pada suku pertama 2022 kepada RM9.8 bilion ($2.2 bilion) pada suku kedua tahun ini.

Peningkatan keuntungan operasi dibantu oleh jualan Hyundai di seluruh Eropah dan Amerika Utara yang melonjak sebanyak 2.9 peratus dan 6.6 peratus berbanding suku kedua 2021. Korea Times menyatakan bahawa SUV menyumbang lebih separuh daripada semua jualan dan permintaan terhadap model EV terus meningkat.

“Hyundai Motor mempunyai permintaan di dalam dan luar negara yang tinggi iaitu sebanyak 640,000 unit di Korea dan 140,000 di Eropah,” kata penganalisis Hana Securities Song Sung-jae.

Perkara ini juga kelihatan baik untuk Kia. Penganalisis meramalkan keuntungan operasi Kia akan meningkat sebanyak 56.1 peratus daripada tahun lepas kepada RM26.6 bilion ($6 bilion). Ini berikutan ramalan menjangkakan ia melonjak sebanyak RM23 bilion ($5.1 bilion won) iaitu hampir 20 peratus dalam satu bulan, bermakna gabungan keuntungan operasi kedua-dua pengeluar kereta itu boleh mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu RM60.8 bilion ($13.7 bilion).

Ini semua boleh berlaku walaupun terdapat peningkatan semula kes Covid-19 di beberapa negara dan terdapat banyak gangguan rantaian bekalan.

Google ads
Back to top button