
SAIC MOTOR MALAYSIA KEMBANGKAN RANGKAIAN PENGEDAR MG DI LOKASI STRATEGIK
SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan pengembangan rangkaian pengedar MG di seluruh negara, sekali gus memperkukuh komitmen syarikat ini untuk menyediakan pengalaman dan kenderaan inovatif kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Penambahan pengedar baharu di lokasi strategik, termasuk di wilayah Utara, Pantai Timur dan Malaysia Timur menjelang akhir tahun ini, menandakan pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan SAIC Motor Malaysia.
MG di bawah SAIC Motor Malaysia kini mempunyai 14 bilik pameran Jualan dan 8 pusat Servis di seluruh negara, dengan tambahan 5 bilik pameran Jualan dan 1 pusat Servis yang akan datang.
Menjelang akhir 2025, SAIC Motor Malaysia mensasarkan untuk meliputi sejumlah 35 lokasi di Malaysia.

Berikut adalah rangkaian pengedar baharu MG:
1) SV Auto Haus Sdn. Bhd. (MG Motor Puchong: GF-4, Tower 2 @ PFCC, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9am-6pm), Ahad & Cuti Umum (10am-5pm)
2) YM MG Auto Sdn Bhd (MG Motor Skudai) – No. 11, Jalan Tun Abdul Razak (Susur 4), Pusat Bandar, 80000, Johor Bahru
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9am-7pm), Ahad & Cuti Umum (10am-7pm)
3) Weststar Technics Sdn Bhd (MG Motor Juru) – Lot 1810 & 1811, Jalan Perusahaan Auto City, North-South, Juru Interchange, 13600 Prai, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9am-5.30pm), Ahad & Cuti Umum (10am-4pm)
4) Auto Galery Group of Companies (MG Motor Alor Setar) – akan beroperasi pada pertengahan September – Lot 10201, Susuran Kerabung, Off Persiaran Bandar Baru Mergong, 05150 Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9am-5.30pm), Ahad & Cuti Umum (10am-4pm)
5) Borneoland Automobile Sdn Bhd (MG Motor Sibu & Miri) – akan beroperasi pada pertengahan September / awal Oktober

“Kami teruja untuk mengalu-alukan pengedar ini ke dalam keluarga MG. Dedikasi dan kepakaran mereka selaras dengan misi kami untuk memberikan pengalaman MG tiada tandingan kepada pelanggan kami,” kata Encik Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd, Steven Du.
“Dengan pengembangan rangkaian pengedar kami, kami bersedia untuk meningkatkan aksesibiliti kepada model terbaru kami, memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai kualiti dan inovasi yang dimiliki oleh MG.”
Pengedar baharu ini akan meningkatkan aksesibiliti kepada model enjin pembakaran dalaman (ICE) terkini MG, iaitu sedan MG5 dan SUV MG HS, serta model elektrik sepenuhnya MG4 dan MG ZS EV.
Sebagai peneraju dalam industri automotif China, SAIC Motor mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 5.02 juta unit pada tahun 2023, mengekalkan kedudukan teratas dalam pasaran domestik untuk tahun ke-18 berturut-turut.
Selepas mencapai “jualan sejuta ganda” pada tahun 2022, jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) dan jualan luar negara kumpulan ini mencapai rekod tertinggi baharu pada tahun 2023, masing-masing mencapai 1.123 juta serta 1.208 juta unit.

Sebagai syarikat Fortune Global 500 dan peneraju dalam industri automotif global, SAIC Motor membawa kepakaran dan inovasi yang tiada tandingan kepada operasi MG.
Dengan fokus yang kukuh pada kenderaan elektrik pintar generasi baharu dan komitmen terhadap amalan lestari, SAIC Motor telah menunjukkan dedikasi berterusan untuk memajukan landskap automotif.
Kehadirannya yang kukuh di peringkat global, meliputi lebih dari 100 negara dengan jumlah lebih daripada 800,000 unit MG pada tahun 2023, memperkukuhkan lagi kedudukan MG sebagai pemangkin untuk kecemerlangan automotif.
“Pengembangan SAIC Motor Malaysia adalah bukti keyakinan kami terhadap pasaran Malaysia dan komitmen kami untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi dan inovatif,” tambah Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd, Encik Lee Wen Hsiang.
“Kami yakin bahawa rangkaian pengedar baharu kami akan meningkatkan pengalaman pelanggan dan membantu kami mencapai kejayaan lebih tinggi di pasaran yang dinamik ini.”
Untuk meraikan pencapaian ini dan menunjukkan komitmen MG Motor Malaysia terhadap kepuasan pelanggan, para pelanggan dan peminat dijemput untuk melawat mana-mana bilik pameran pengedar MG untuk ujian pandu eksklusif serta merasai sendiri pengalaman pemanduan luar biasa model-model terbaru MG.
- BACA: SMART #5 DIPERKENALKAN – TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 740KM
- BACA: PENCURI FERRARI 488 BERJAYA ELAK KEJARAN POLIS SEJAUH HAMPIR 2000 KM SEBELUM DITAHAN – REKOD DUNIA NI RASANYA
- BACA: PROTON X70 2025 DILANCARKAN DI SABAH DAN SARAWAK – HARGA BERMULA RM100K
- BACA: INI ADALAH RESIPI KEJAYAAN KENDERAAN ELEKTRIK CHINA DI PASARAN GLOBAL