Buletin

TESLA SAMAN BEKAS PEKERJA CURI RIBUAN RAHSIA PERDAGANGAN. BARU 3 HARI KERJA DAH BUAT HAL!!!

Tesla mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap bekas pekerja yang didakwa mencuri rahsia perdagangan.

Menurut tuntutan tersebut, bekas pekerja itu, Alex Khatilov yang diambil bekerja di syarikat terbabit telah mencuri beribu-ribu rahsia perdagangan skrip komputer dalam tempoh tiga hari sahaja.

Tesla mengambil masa selama bertahun-tahun membangunkan skrip komputer itu.

Kejadian berlaku pada 28 Disember 2020 apabila Tesla mengambil Khatilov sebagai jurutera perisian automasi.

Selepas bekerja, Tesla berkata Khatilov mula mencuri beribu-ribu fail rahsia daripada rangkaian dalaman dan memindahkan ke akaun Dropbox peribadinya.

Syarikat itu berkata skrip berkenaan merangkumi pelbagai fungsi automasi yang digunakan seluruh perniagaan Tesla malah hanya beberapa orang sahaja yang dapat mengakses skrip terbabit.

Khatilov merupakan salah seorang daripada mereka dan Tesla mendakwa dia menggunakan akses berkenaan untuk memuat turun fail yang tiada kaitan dengan pekerjaannya.

Pasukan keselamatan maklumat Tesla menemui muat turun pada 6 Januari dan bersemuka dengan Khatilov pada hari sama.

Menurut syarikat itu lagi, Khatilov mendakwa dia hanya memuat turun beberapa dokumen pentadbiran peribadi ke akaun Dropboxnya.

Apabila para penyiasat menyoal siasat untuk melihat akaun Dropbox terbabit, Khatilov memberi kerjasama dan mendapati terdapat ribuan skrip komputer rahsia Tesla.

“Ketika ditanya berhubung perkara tersebut, Khatilov mendakwa dia ‘terlupa’ tentang fail-fail itu.

“Syarikat turut mendakwa Khatilov cuba memusnahkan bukti secara tergesa-gesa dengan memadam Dropbox klien dan fail lain ketika disoal siasat apabila para penyiasat cuba mengakses komputernya,” kata tuntutan itu lagi.

Tesla berkata mereka tidak mengetahui sama ada Khatilob ada mengambil fail lain atau membuat salinan di dalam akaun Dropbox miliknya.

Selain itu, mereka juga tidak pasti sama ada fail-fail tersebut dihantar kepada orang lain.

Melalui keputusan siasatan yang dilakukan, Tesla mengambil keputusan menyaman Khatilov kerana melanggar kontrak dan akta rahsia perdagangan. – carscoops

Google ads
Back to top button