Artikel PilihanBuletin

SISTEM AEB BMW X1 GAGAL DALAM UJIAN. LANGGAR PEJALAN KAKI!

Sistem brek automatik atau Automatic Emergency Braking (AEB) merupakan salah satu fungsi keselamatan moden yang semakin mendapat perhatian pengeluar. Tidak seperti ESC yang kompleks dan mengambil masa lama untuk dikeluarkan secara besar-besaran pada kereta-kereta murah, pembangunan AEB jauh lebih pantas.

Sebab tu kereta semurah Myvi dan Aruz pun sudah ada. Dan kereta-kereta mewah sebenarnya dah lama ada. Kalau dulu model-model BMW hanya yang premium (7 series, X6) sahaja yang ada, sekarang ia dah turun pada model-model rendah mereka seperti X1.

Baru-baru ini, badan bebas Insurance Institute for Highway Safety (IHHS) di Amerika telah membuat ujian persendirian untuk menguji sistem yang dibekalkan oleh pengeluar.

Ya. selain NCAP yang diwajibkan, banyak badan bebas yang menjadi “pemantau” atau suara pihak ketiga dalam menentukan keberkesanan sistem yang dibuat pengeluar.

IHHS menguji 10 buah kenderaan yang khusus pada segmen SUV dan pada ujian ini, mereka menguji sistem AEB setiap satu daripadanya menggunakan teknik sebenar, bukan simulasi komputer atau di dalam makmal terkawal.

Ujian melibatkan ujian pelanggaran hadapan, lampu dan juga ujian mengelak pelanggaran.

Mengejutkan, BMW X1 tidak mendapat sebarang markah kerana kegagalannya berhenti ketika ada orang melintas di hadapan kenderaan.

Ujian pertama ialah menggunakan patung yang melintas di bahagian hadapan. Ia dilakukan pada kelajuan 19km/j.

Ujian kedua ialah patung bersaiz kanak-kanak melintas di bahagian kereta ketika kereta mengundur/memarkir. Ujian dilakukan pada kelajuan 40km/j,

Mazda CX30

Ujian ketiga pula ialah simulasi orang dewasa berjalan selari dengan kenderaan dalam arah yang sama. Ujian dilakukan pada kelajuan 40km/j dan 59 km/j.

IIHS menganugerahkan Honda HR-V, Subaru Forester, Toyota RAV4 dan XC40 rating “superior”. Ia mampu berhenti pada setiap ujian dengan cemerlang dan tidak mencederakan patung-patung ujian tersebut.

Sementara itu, baki lima lagi SUV mendapat rating “Advance” dan Mitsubishi Outlander mendapat rating “Basic”.

Namun BMW X1 tidak mendapat apa-apa skor kerana ia GAGAL kesemua ujian. Semua patung dilanggarnya.

Pada ujian paralel, BMW X1 langsung tidak dapat mengesan patung dan melanggarnya tanpa belas kasihan.

Nah, tengok video ni.

Tags
Google ads
Back to top button