
McLAREN MP4-25A LEWIS HAMILTON DILELONG PADA HARGA RM27 JUTA
Jentera McLaren MP4-25A dipandu Lewis Hamilton yang membantunya muncul meraih kejuaraan dunia Formula Satu (F1) GP Turki 2010 dilelong pada harga £4,836,000 (RM27.9 juta).
Lelongan khas itu berlangsung sempena GP Britain minggu lalu yang mana MP4-25A ialah jentera F1 kedua paling mahal dijual dalam acara lelongan selepas Ferrari F2001 milik legenda F1 Michael Schumacher, berharga £5,449,607 (RM31.4 juta) pada 2017.
Ini merupakan kali pertama salah satu jentera dipandu Hamilton akan dijual kepada khalayak umum.

Sejak tahun 2010, Hamilton mula mengukir nama setanding legenda Michael Schumacher sebagai antara pelumba paling berjaya dalam sejarah F1.
javascript:false Beliau memenangi 7 kejuaraan, 98 kemenangan dan menduduki sebanyak 100 kali di petak utama.
Jentera F1 dilelong rumah lelongan RM Sotheby itu dijana trenkuasa 2.4L Mercedes-Benz FO 108X V8. Satu demonstrasiturut diadakan di depan hampir 140,000 penonton pada GP Britain 2021. – carscoops
- BACA: MCLAREN MP-425A LEWIS HAMILTON BAKAL DILELONG. HARGA DIJANGKA RM23.4 JUTA JE
- BACA: McLAREN 765LT BAHARU MILIKI PERBATUAN 160KM, RENTUNG DI STESEN PETROL
- BACA: MCLAREN JUAL HQ DI WOKING ENGLAND PADA HARGA RM969.5 JUTA
- BACA: SEWA MCLAREN, BERLUMBA VS LAMBO HINGGA TERBABAS. JADI ‘BAHAN’ POLIS CALIFORNIA







