Buletin

SDAC PERKENAL FORD RANGER ABSOLUTE BLACK & ARCTIC WHITE

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan memperkenalkan Ford Ranger Raptor dengan warna baharu iaitu Absolute Black dan Arctic White. Dua warna itu melengkapkan lagi pilihan warna sedia ada iaitu biru dan kelabu.

Pengenalan model itu akan dibuat pada acara Carsifu Auto Show 2019 yang berlangsung di Mid Valley Megamall pada 3 hingga 7 April 2019.

Selain daripada warna, Ranger Raptor tidak menerima sebarang perubahan. Ia masih menjadi satu-satunya trak pikap berprestasi tinggi di Malaysia yang dilengkapi suspensi perlumbaan, FOX Racing Shox.

Jentera itu boleh anda miliki pada harga RM199,888 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Dikuasakan oleh enjin turbo diesel empat selinder EcoBlue bi-turbo berkuasa 213PS dan tork 500Nm, kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik sepuluh kelajuan.  

SDAC turut mengambil peluang untuk menawayangkan Ranger Wildtrak generasi baru. Ia dijana oleh rangkaian kuasa yang sama dengan Ranger Raptor.

Trak pikap itu dilengkapi pelbagai ciri bantuan pemandu seperti Semi- Automatic Parallel Parking, Autonomous Emergency Breaking, Easy Lift Tailgate, Forward Collision Warning, Lane Departure Warning & Assist dan Adaptive Cruise Control.

Kedua-dua trak pikap itu dipasang dengan sistem infotainmen SYNC®3. Di samping skrin sentuh yang boleh dipadankan dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Para pengunjung yang menempah Ranger Raptor di Carsifu Auto Show 2019 akan mendapat hadiah istimewa berupa jaket Ranger Raptor edisi terhad dan pembersih udara kereta.

Sementara rebat tunai sebanyak RM6,000 akan diberikan kepada pelanggan yang menempah Ranger Wildtrak. 

Tags
Google ads
Back to top button