Artikel Pilihan

GT-R, TYPE R, RS – ‘R’ MANA YANG PALING HEBAT DALAM SEJARAH

Mana-mana kaki kereta mesti akan memberikan reaksi jika huruf ‘R’ muncul pada nama-nama kereta. ini termasuklah GT-R, GT Type R, Type R, RS, Version R, Spec R, SiR, GTi-R, GSR, WRX, Wagon R dan macam macam. Ia mungkin sebahagian daripada nama ataupun varian sesebuah model itu sendiri. Wira Type R dan Kancil Type R tak termasuk okey. Sebenarnya banyak lagi model lain yang menggunakan huruf R tapi kita pilih yang popular sahaja. Mari kita tengok model R mana yang paling berkuasa dalam sejarah automotif Jepun.

GTR Pertama

Kereta Jepun yang pertama menggunakan nama GT bukannya Skyline tetapi sebuah model lain yang dinamakah Beret. Ia dihasilkan sebulan lebih awal sebelum Skyline diperkenalkan. Tapi bagi akronim GT-R dan GTR, Skyline muncul lebih awal iaitu pada Februari 1944 manakala Beret GTR pula muncul pada Oktober 1944.

Setahun kemudian Beret GTR dikenali dengan nama GT Type R. Jangan gelakkan nama Beret ni dulu kerana sebelum Skyline GT-R menakluk litar lumba, Beret adalah raja yang menguasai perlumbaan Suzuka 12-jam pada tahun 1954 dengan berbekalkan enjin DOHC 120 hp dan kelajuan maksima 190 km/j.

Tapi semua itu berubah bila Skyline GT-R muncul dengan enjin S20 yang dilaras semula daripada enjin asal Prince R380 dengan 160 hp kuasa dan kelajuan maksima 200 km/j. Nissan mengeluarkan 1945 unit GT-R (832 unit PGC-10 model terawal dan 832 lagi model coupe hard top KPGC-10).

Selepas persaingan antara GT-R berakhir muncullah saingan lain seperti RX-7 dan Celica tetapi tidak membawa nama R seperti Skyline dan Berett. Tetapi pada bulan Oktober 1974, Honda memperkenalkan Honda Civic RS yang pertama. Ia merupakan versi sporty Civic tetapi tiada penambahan pada kuasa enjin kerana sekatan peraturan pelepasan gas ekzos. Walaupun cuma mempunyai 76 hp kuasa tetapi bila digandingkan dengan casis yang cuma seberat 705 kilogram, ia mampu meluncur seperti sebuah go-kart.

Lagi satu RS pada nama Honda Civic adalah singkatan kepada Road Sailing (yang berkamsud keseronokkan mengembara yang tiada penghujung) okey, dan bukannya Racing Specification. Civic RS ini juga yang telah menjadi asas kepada Type R yang akan datang.

Kemunculan R32 GT-R

Skyline R32 GT-R muncul pada tahun 1989, 16 tahun berselang selepas GT-R terakhir dikeluarkan. Ia merupakan sebuah model berprestasi tinggi moden yang bukan hanya laju tetapi terbukti dalam perlumbaan. 29 kemenangan secara berturutan tanpa kalah  dalam perlumbaan Japan Touring Car Championship dari tahun 1990-93 membuktikan yang GT-R bukan memang kerana nasib baik.

R33 dan R34 walaupun juga diminati ramai tidak mampu menandingi impak dan nilai sejarah yang dibawa oleh R32.

Terdapat beberapa lagi model R yang muncul pada ketika seperti Supra 70 1990 yang menggunakan enjin 1JZ 2.5 Turbo R dan lengkap dengan penyerap hentak Bilstein dan tempat duduk Recaro. Supra 80 juga mempunyai versi RZ dan SZ-R.

RX-7 pula muncul pada tahun 1991 dengan pelbagai varian antaranya ialah Type R, Type RZ dan RS.

Generasi Type R seterusnya

Model paling paling eksotik Honda semestinya ialah NSX Type R, tetapi sayangnya ia tidaklah membawa impak yang besar. Populariti Type R banyak disumbang oleh Integra dan Civic Type R.

Hanya generasi kedua NSX-R yang telah menaikkan kembali nama Honda NSX dengan catatan masa 7 minit 56 saat di litar Nurburgring walaupun cuma mempunyai 280 hp kuasa pada tahun 2002.

Pada tahun 2005 Mitsubishi turut memperkenalkan model R mereka yang dinamakan Mitsubishi Colt Art Version R yang merupakan sebuah hot hatch sejati. Lancer Evolution dan Impreza walaupun lebih hebat langsung tidak menggunakan huruf R dalam singkatan nama mereka jadi kita biarkan saja dulu.

GTR muncul pada Disember 2007

Ini merupakan model R terkuat dari Nissan. Sebaik dilancarkan ia segera menjadi pendahulu kereta berprestasi tinggi dari Jepun dan segera mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia. Walaupun R32 dan R34 juga popular tapi sensasi yang dibawa oleh Nissan GTR ini lebih hebat. Ia juga merupakan kali pertama nama Skyline digugurkan dan Nissan mahu kereta ini dikenali dengan nama GTR sahaja.

Walaupun Civic Type R juga menguasai pentas automotif dunia tetapi sebagai sebuah model FF ia tidak akan mampu menandingi kehebatan Nissan GTR. Ini bukan cerita pasal perlumbaan turun bukit dalam komik mangga Jepun okey.

Walaupun ia mungkin antara model FF paling laju tetapi ia bukannya berada dalam kelas yang sama seperti GTR dan Honda NSX.

Impak Hakosuka GT-R dan Nissan GTR

Antara dua generasi R terkuat ini, siapa yang lebih berpengaruh sebenarnya? Dari segi prestasi tentulah GTR yang lebih moden pemenangnya tetapi jika diambil kira prestasi pada zaman masing-masing, Hakosuka merupakan jagoan perlumbaan yang sebenar. Malah ia juga mempunyai sejarah yang panjang dari sebuah model biasa dan komersil yang kemudian dinaiktaraf menjadi sebuah model berprestasi tinggi.

GTR baru pula dihasilkan khusus untuk kelajuan dengan bantuan pelbagai peralatan berteknologi tinggi untuk membantu pemanduan sekaligus membolehkannya mencatat nama di litar Nurburgring. Ia juga memberi impak yang besar kepada teknologi pembuatan kereta berprestasi tinggi di dunia.

Jadi senang cerita Nissan GTR bukan hanya merupakan sebuah GTR terbaik pernah dihasilkan tapi ia juga merupakan sebuah model R yang terkuat di dunia. Supra baru yang dilancarkan baru-baru ini pun rasanya masih dianggap makanan kepada Nissan GTR walaupun ia kini semakin dimamah usia.     

Google ads
Back to top button