Artikel Pilihan

MASIH INGAT TAK YAMAHA PERNAH CUBA HASILKAN KERETA SPORTS? – TOLONG LA SAMBUNG PROJEK NI

Kalau sebut nama Yamaha dah tentu ramai yang terlintas waisuku, RX-Z dan pelbagai model motosikal lain. Bagi yang minat muzik pula nama Yamaha turut mendapat perhatian mereka kerana Yamaha memang banyak mengeluarkan pelbagai jenis alat muzik. Tapi sebenarnya Yamaha ni banyak betul produknya. Dari golf cart, ATV, kereta salji, generator, kolam renang dan macam-macam lagi.

Yamaha turut membantu Toyota menghasilkan 2000GT pada dekad 60an selian Ford V6 SHO dan V8 SHO. Bukan hanya itu, mereka turut berkolaborasi dengan Lexus untuk menghasilkan supercar LFA V10 (sebab tu ekzos supercar ni sedap betul bunyinya). Malah mereka turut memberikan sentuhan untuk beberapa model Volvo, Toyota Celica, MR2 dan juga Lotus Elise.

Korang sendiri mesti ingat yang mereka pernah berhasrat untuk menghasilkan kereta sendiri yang dinamakan OX99-11 pada tahun 1992. Ia sepatutnya diproduksikan pada tahun 1994 dengan mengunakan enjin V12 tapi kegawatan ekonomi ketika itu membuatkan projek itu diberhentikan.

Mereka kemudian menghasilkan model konsep baharu pada tahun 2013 dan dinamakan Motiv. Kali ini pun masih gagal. Hanya beberapa tahun selepas itu baru mereka muncul kembali dengan Sports Ride yang dipamerkan kepada umum di Tokyo Motor Show 2015.

Coupe dua tempat duduk comel ini diasaskan dari chasis iStream rekaan Gordon Murray Automotive yang mempunyai berat 750 kilogram sahaja! Ini bermaksud ia adalah jauh lebih ringan daripada MX5 generasi ND yang turut diperkenalkan pada tahun 2015. Bukan hanya saiznya menyamai Miata malah ia turut menggunakan pacuan roda belakang.

Kemunculan pada Tokyo Motor Show bukanlah pengakhiran model ini kerana lakaran imejnya dipatenkan pada tahun 2018. Imej Lotus pada awal rekaan dan paip ekzos tiada dalam lakaran dan ramai yang menyangka Sports Ride telah menukar jantina menjadi model EV.

Menariknya menurut paten yang difailkan di Eropah turut mencatatkan nama Gordon Murray sebagai salah seorang perekanya. Bukan itu sahaja terdapat juga satu video yang dihasilkan oleh Yamaha menunjukkan sesi ujian kereta ini pada tahun 2017 dengan nama kod T40. Jelas ia masih menggunakan enjin ICE. Syukur lagi sekali.

Yamaha tidak mndedahkan identiti enjin kereta ini rapi mereka menjelaskan yang rekaan lampu utama mempunyai pengaruh YZF-R1. R1 mempunyai enjin 1.0 liter empat selinder yang mampu menghasilkan 200hp kuasa. Bayangkan kalau enjin tersebut dimasukkan ke dalam chasis Sports Ride yang ringan ni. Silap-silap makan asap la Miata kecuali kalau abang Japar yang jadi jokinya.

Google ads
Back to top button