Buletin

WRC 2021 – BERITA TERKINI MENJELANG MUSIM BAHARU

Musim kalendar World Rally Championship (WRC) 2021 bakal membuka tirai kurang 30 hari daripada sekarang. Marilah BK rangkumkan beberapa berita terkini mengenai WRC musim 2021 nanti.

  • Pusingan pertama bakal berlangusng di Monte-Carlo pada 21 – 24 Januari 2021 dengan pengesahan beberapa pelumba yang bakal beraksi dengan diketuai barisan pelumba pasukan Hyundai, Ott Tanak, Thierry Neuville dan juga Dani Sordo.
  • Dani Sordo bakal berkongsi jentera ketiga i20 WRC bersama seorang pemandu Craig Breen yang turut beraksi cemerlang sepanjang kempen WRC 2020.
  • Pasukan Toyota Gazoo Racing pula bakal membariskan empat jentera dengan diketuai juara WRC 2020, Sebastian Ogier, Elfyn Evans, Kalle Rovanperä serta pelumba Jepun Takamoto Katsuta.
  • Pemandu Jepun, Takamoto Katsuta bakal beraksi penuh untuk musim 2021. Takamoto Katsuta akan dibantu bekas pemandu pasukan Toyota sendiri, Juho Hänninen yang bakal bertindak sebagai Jurulatih kepada beliau sepanjang musim 2021 nanti.
  • Sementara itu, pasukan M-Sport Ford juga hanya mengesahkan dua buah jentera sahaja dengan kesemua krew dan pemandu akan disahkan penyertaannya sebelum perlumbaan.
  • Perlumbaan Monte-Carlo Rally ini bakal berlangsung buat kali ke 89 sambil dilatari pergunungan Alpes serta laluan yang licin dan bersalji.
  • Anak kepada pemandu lagenda, Oliver Solberg yang memandu jentera Skoda Fabia R5 dan Volkswagen Polo R5 musim 2020 dalam kategori bakal menyertai pasukan Hyundai dengan memandu jentera Hyundai i20 R5 terlebih dahulu sebelum jentera i20 WRC2 siap dibina pada pertengahan musim. Pemandu Sweden itu bakal mengikat kontrak 2 tahun bersama pasukan Hyundai.
  • Sementara itu, Prinsipal Pasukan Toyota Tommi Makinen telah pun dipanggil untuk menggalas tugas lebih besar sebagai Penasihat Permotoran untuk Toyota Motor Corporation secara keseluruhan bermula tahun 2021. Naik pangkat orang kata. Tempat beliau kini bakal digalas bekas pemandu Toyota sendiri, Jari-Matti Latvala yang dipilih sendiri oleh Presiden Toyota, Akio Toyoda.
  • Jari-Matti Latvala bukanlah asing bersama pasukan Toyota apabila beliau merupakan sebahagian pasukan apabila ianya ditubuhkan pada tahun 2017. Pada tahun 2020 ini, beliau telah dilantik sebagai Duta kepada TGR. Malah beliau sendiri suatu ketika dahulu pernah bersembang dengan Presiden Akio Toyoda tentang betapa lagendanya jenama Toyota ini sebelum tertubuhnya pasukan Toyota Gazoo Racing.

BACA : WRC 2021 – SEBASTIAN OGIER SAH SAMBUNG SETAHUN LAGI BERSAMA TOYOTA

BACA : HYUNDAI i20 N RALLY 2 DIDEDAHKAN – SAINGAN BAHARU UNTUK WRC2 & WRC3 TAHUN HADAPAN

Google ads

B K

Back to top button