Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG MAX VERSTAPPEN, JUARA FI 2021

Perlumbaan terakhir F1 musim 2021 menyaksikan kejuaraan dunia telah bertukar takhta daripada 7 kali juara dunia iaitu Lewis Hamilton kepada Max Vertstappen daripada pasukan Red Bull Racing. Kedua dua pelumba ini terikat pada 369.5 mata selepas GP Saudi Arabia selepas persaingan sengit

Ini menyaksikan kedua dua pelumba berebut kedudukan dan memberikan persiangan sengit pada GP Abu Dhabi yang menyaksikan Max berjaya mengalahkan Lewis dengan catatan masa 2 saat lebih pantas dalam satu pusingan akhir. Jadi kami bawakan kepada anda fakta pantas berkenaan dengan Max Verstappen:

1. Max merupakan anak kepada Jos Verstappen berasal dari Belanda yang juga merupakan bekas pemandu F1. Jos berlumba dalam pelbagai pasukan daripada tahun 1994 sehinggalah pada tahun 2003 dengan pasukan Minardi

Jos & Max Verstappen

2. Ibu Max adalah Sophie Kumpen berasal daripada Belgium merupakan bekas pelumba go kart dan keluarga Sophie bergiat aktif dalam sukan permotoran termasuklah dalam sukan rali. Memang darah perlumbaan datang dari kedua dua belah keluarga Max

3. Nama penuh Max ialah Max Emillian Verstappen, dilahirkan di Belgium tapi membesar dan menghabiskan banyak masa termasuk berlatih sukan go kart di Belanda. Lesen perlumbaan Max menggunakan kewarganegaraan Belanda. Max berumur 24 tahun ketika bergelar juara dunia 2021

4. Max mula berlumba go kart pada umur 4 tahun, dan memenangi Belgian Championship pada umur 9 tahun dan Dutch Championship pada umur 10 tahun. Penglibatan Max dalam F1 bermula dengan Red Bull Junior Team atau juga dikenali dengan nama Scuderia Toro Rosso pada 2014

5. Bersama pasukan Toro Rosso, Max merupakan pelumba termuda yang melibatkan diri dengan F1 sepenuh masa pada umur 17 tahun dalam sejarah F1. Dia juga merupakan pelumba termuda yang berjaya meraih mata dalam F1 dengan kedudukan nombir 7 semasa GP Malaysia tahun 2015

6. Pada tahun 2016, Max membuat satu lagi rekod dengan muncul sebagai juara termuda pada umur 18 tahun dengan memenangi GP Spanish dengan catatan masa 1 jam 41 minit. Namun gaya pemanduan Max yang terlalu agresif telah menyebabkan dia ditegur oleh Director F1 dan juga Sebastian Vettel

7. Persaingan sengit ini membawa kepada satu kemalangan yang memang tidak dapat dielakkan antara Max dan Lewis di British GP 2021. Semasa di selekoh ke 7, Lewis secara tidak sengaja terlanggar tayar belakang kanan Max menyebabkannya terlanggar penghalang keselamatan pada halaju 290km/j

8. Bermula dari tahun 2019, pasukan Red Bull Racing menggunakan enjin buatan Honda bagi menggantikan enjin buatan Renault. Enjin ini digunakan pada tahun 2020, 2021 dan akhir sekali tahun 2022 yang merupakan tahun akhir penglibatan Honda dalam F1. Ironi jugak kan, mesti Honda menyesal

9. Tugas menghasilkan enjin ini akan digalas oleh Red Bull Powertrains yang akan menghasilkan enjin berdasarkan IPR (intelectual property rights) cetak biru daripada Honda dengan kerjasama Honda Racing Corporation

10. Max akan kekal bersama-sama pasukan Red Bull Racing sehingga penghujung musim 2023 berikutan dengan lanjutan kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini. Jadi Ferrari buat masa ini bolehla lupakan hajat untuk mencilok Max dari Red Bull Racing

Google ads
Back to top button