Motosikal

HONDA REBEL DAPAT ‘BAJU’ BAHARU WARNA PEARL ORGANIC GREEN. RM32,899 SEUNIT

Honda Rebel yang mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2017 kini mendapat sentuhan warna baharu hijau (Pearl Organic Green).

Begitupun, jentera yang menampilkan rekaan klasik dan kontemporari bobber itu masih mengekalkan pilihan warna hitam (Graphite Black) dan biru (Matte Jeans Blue Metallic).

 Ia yang mendapat khidmat enjin sejukan cecair 471cc parallel twin ditawarkan pada harga RM32,899.

Jentera berkenaan mampu menjana kuasa maksimum mencecah 34kW @ 8,500rpm dan tork 43Nm @ 6,000rpm.

Selain itu, Honda Rebel dilengkapi klac Assist/Slipper dan brek ABS dalam memberi keyakinan dalam tunggangan.

Untuk keterangan lanjut berhubung Honda Rebel, anda boleh mengunjungi pengedar-pengedar Honda BigWing atau menghubungi Boon Siew Honda melalui talian bebas tol 1-800-88-3993.

Para pelanggan juga boleh mengunjungi laman web www.hondabigbike.com.my

GALERI:

Google ads
Back to top button