Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG POP UP HEADLIGHT, LAMPU DEPAN PALING BERGAYA

Pop up headlight merupakan satu rekaan paling bergaya yang dihasilkan untuk kereta kerata era tahun 1980 hingga tahun 1990an. Penulis menyangkakan yang lampu jenis ini muncul pada awal tahun 1980an tapi penulis slap besar kerana lampu ini muncul 50 lebih awal

1. Pop up headlight muncul pada tahun 1936 pada kereta buatan Amerika iaitu Cord 810 dan Cord 812. Ketika membuat kemunculan pada tahun 1936, Cord 812 merupakan kereta pertama buatan Amerika yang menampilkan teknologi pacuan roda depan dan suspensi roda depan bebas

Lampu depan Cord 812 menggunakan lampu depan yang diambil daripada kapal terbang Stinson. Bagi mengekalkan rekaan depan yang aerodinamik, lampu depan disembunyikan dalam fender depan dan hanya dikeluarkan bila lampu dinyalakan.

2. Dalam tempoh 50 tahun, ciri lampu pop up ini dianggap sebagai ciri yang sangat eksklusif dan hanya digunakan pada supercar dan juga kereta sport. Menjelang awal tahun 1980an barulah lampu ini mula digunakan pada kereta penumpang biasa

3. Namun ia merupakan lampu pilihan utama bagi kebanyakan kereta sport yang menggunakan rekaan badan melarus dan berbentuk wedges. Masalah dengan rekaan luar kereta sport ialah rekaan lampu biasa menyebabkan keseluruhan rekaan luar kereta menjadi sedikit cacat

4. Jadi pop up head light menjadi pilihan utama atas sebab rekaan luar yang lebih sesuai dengan gaya kereta sport. Sebab kedua ialah aspek keselamatan kerana agensi keselamatan meletakkan garis panduan bahawa lampu depan kereta mestilah dipasang pada ketinggian minimum di atas permukaan jalan

5. Jadi ketika tidak dinyalakan, pop up headlight mengekalkan rekaan yang lawa dan menarik. Pada waktu malam pula, apabila dinyalakan ia akan berada di posisi minima yang digazetkan oleh agensi keselamatan agar ia menerangi jalan dengan mudah.

6. Namun dengan perkembangan terkini teknologi automotif, pop up headlight tidak lagi digunakan termasuklah supercar dan juga hypercar. Antara sebab-sebab yang menyebabkan pop up headlight tidak lagi digunakan termasuklah:

7. Rekaan kompleks – pop up headlight dihasilkan dengan gabungan pelbagai komponen yang kompleks termasuklah motor elektrik, aktuator dan lengan mekanikal bagi memastikan lampu ini naik dengan betul. Masalah dengan sistem kompleks ialah, ia cepat rosak

Ditambah pula dengan pelbagai isu kos, maka penggunaan pop up headlight tidak lagi praktikal dan menjimatkan. Lebih baik pengeluar automotif menghasilkan rekaan lampu biasa bagi menggantikan pop up headlight

8. Pop up headlight tidak lagi menarik – ketika mula diperkenalkan dahulu dalam sektor automotif, pop up headlight hanya digunakan untuk kereta yang mahal sahaja ataupun supercar. Kereta sebegini bukanlah kereta yang dipandu setiap hari melainkan pada hujung minggu sahaja.

Menjelang awal 1980an, ia mula digunakan pada kereta penumpang biasa menjadikan pop up headlight tidak lagi kelihatan hebat. Tambahan pula kereta penumpang biasa dipandu setiap hari, menjadikan isu rosak dan tidak boleh digunakan pada waktu malam menyumbang kepada risiko kemalangan

9. Peraturan keselamatan pejalan kaki – merupakan peraturan dimana semua pengeluar perlu mematuhi aspek minima keselamatan dan rekaan kenderaan mestilah tidak mencederakan pejalan kaki sekiranya berlaku kemalangan.

Malangnya jika pop up headlight dinyalakan, bucunya yang tajam merupakan elemen utama yang boleh menyebabkan kecederaan serius pada kaki, lutut, betis dan juga peha pejalan kaki. Jurutera mendapati lampu biasa lebih selamat dan lebih murah untuk dihasilkan.

10. Keadaan menyebabkan pop up headlight terus pupus daripada digunakan pada kenderaan moden. Kali terakhir lampu pop up digunakan dan dihasilkan secara besar-besaran ialah Chevrolet Corvette C5 pada tahun 2005 sebelum ia juga digantikan dengan lampu depan biasa selepas facelift.

Google ads
Back to top button