Buletin

SUZUKI UMUM TUTUP LAMAN WEB SUZUKI-RACING PADA HUJUNG DISEMBER

Suzuki telah mengumumkan bahawa laman web Suzuki Racing, yang telah dibuka sejak 1999, akan ditutup pada bulan hujung Disember ini, selepas memaklumkan penarikan Suzuki daripada MotoGP pada Mei lalu.

Laman web perlumbaan Suzuki bukan sahaja merangkumi laporan MotoGP, tetapi juga BSB, EWC, motocross, supercross AMA, dan MotoAmerica, termasuklah berita serta laporan.

Selain itu, Suzuki juga mengesahkan penarikan diri daripada program EWC meskipun menjuarai kejuaraan tersebut pada 2020 dan 2021.

Melihat semula sejarah Suzuki Racing, memang tidak dapat dinafikan pengeluar Jepun itu begitu sinonim di litar perlumbaan sejak bermula dengan jentera kapasiti kecil pada tahun 1960an.

Bermula dari situ, Suzuki terus mencipta sejarah di arena perlumbaan serta melahirkan pelumba-pelumba legenda seperti Barry Sheene, Kevin Schwantz dan Ricky Carmichael, yang dianggap sebagai pelumba terbaik pada pertengahan 2000an dengan jentera motorcrossnya berjaya memenangi kejuaraan premier class supercross and motocross.

Di Eropah, legenda Kejohanan Dunia Motocross iaitu Stefan Everts, juara 10 kali dan pemenang Grand Prix 101 kali telah mengambil alih program MXGP Suzuki tidak lama sebelum ia ditutup.

Dengan mengambil tokoh yang sangat dihormati sebagai pengurus pasukan sejurus sebelum menghentikan keseluruhan projek, ia turut berlaku ketika Suzuki melantik bekas bos pasukan Ducati dan HRC Livio Suppo untuk menguruskan Suzuki di MotoGP.

Namun, setelah segala usaha pada 2022, Suzuki mengambil keputusan untuk menarik diri dari saingan MotoGP.

Pemergian Suzuki dalam perlumbaan begitu menyedihkan serta mengecewakan walaupun Suzuki telah memenangi dua Grand Prix tahun ini, dan mempunyai dua pelumba yang mampu memenangi gelaran dunia.

Melalui sebuah kenyataan dari Suzuki, pengeluar Jepun itu merakam jutaan terima kasih kerana menyokong laman web tersebut sepanjang tempoh aktif. Dalam pada masa yang sama, Suzuki turut mengumumkan media sosial Suzuki Racing akan dinyahaktif selaras dengan penutupan laman web.

Google ads
"
"
Back to top button