
SELAIN BERMAIN BOLA SEPAK, PEMAIN BOLA JUGA ADA HOBI KUMPUL KERETA MEWAH
Karier pemain bola sepak samaada di dalam atau luar negara, mereka berpeluang menjana pendapat tahunan atau bulanan yang sangat tinggi jika mereka mampu menunjukkan prestasi yang luar biasa di atas padang bola. Malah dalam sesetengah kelab, pemain akan dihadiahkan bonus prestasi jika berjaya menyumbangkan gol
Disebabkan itulah kebanyakan pemain bola sepak dunia mempunyai kebebasan kewangan untuk membeli kereta mewah untuk disimpan dalam garaj rumah mereka. Sudah pasti ia bukanlah Axia yang digunakan oleh penulis atau Alza yang dipandu oleh Abam Japar.
1. Lionel Messi -antara pemain yang menjuarau liga bola di Sepanyol, Peranchis, Champion League, Copa Amerika dan juga World Cup, Messi mempunyai citarasa yang agak luar biasa dalam pemilikan kenderaan dalam simpanan garajnya.
Messi memiliki Range Rover, Cadillac Escalade, Pagani Zonda Tricolore dengan enjin 7300cc, Maserati Gran Turismo MC Stradale, and a Ferrari F430 Spider. Kalau anda perasan kebanyakan pemain bola sepak ternama dunia akan membeli Range Rover sebagai salah satu kenderaan mereka.
2. Emi Martinez – bekas pemain Aston Villa ini adalah antara penjaga gol terbaik di dunia setakat ini. Nama Martinez meningkat naik dari festival Copa America 2021 dan seterusnya World Cup 2022. Tapi kereta dipandu Martinez hanyalah Chevrolet Corvette Z06, sebuah supercar yang setara dengan Ferrari tapi buatan Amerika. Banyak-banyak kereta pun susah jugak nak renew roadtax kan

3. Lisandro Martinez – diberi gelaran The Butcher antara pemain tengah untuk pasukan Argentina. Martinez juga merupakan salah satu ayam tambatan Manchester United dengan unjuran gaji mencecah 700,000 USD setahun dan kekayaan terkumpul sebanyak 5 juta USD. Martinez hanya memiliki 2 kereta iaitu Audi Q8 dan juga Range Rover Sport.
4. Sadio Mane – merupakan warganegara Senegal yang bermain di posisi sayap untuk kelab Liverpool dan pasukan kebangsaan Senegal. Mane menduduki tempat keempat pada tahun 2019 bagi anugerah Ballon d’Or dan Best FIFA Men’s Player pada tahun 2019. Mane memiliki Range Rover Evoque 2020, Audi RS7, Bentley Continental GT, dan juga Mercedes Benz AMG G63
5. Christiano Ronaldo – antara pemain yang popular dan mengumpul kekayaan yang dianggarkan bernilai sehingga 500 juta USD. Ronaldo pernah bermain untuk kelab Manchester United, Real Madrid dan Al Nassr. Jadi tidak hairanlah Ronaldo memiliki beberapa kereta yang agak pelik dan rare
Antaranya ialah The Bugatti Centodieci, Bugatti La Voiture Noire, McLaren Senna, Aston Martin DBS Superleggera, Mercedes Benz Brabus G Wagon, Ferrari Monza SP1, Rolls Royce Cullinan, Lamborghini Aventador, Bently Continental dan Chevrolet Camaro
6. Mohamed Salah- merupakan warganegara Mesir yang bermain untuk kelab Liverpool di Premier League dan juga bertindak sebagai kapten pasukan Mesir bagi Piala dunia. Salah memang dikenali memang mahir dalam menggelecek, penyudah yang bagus dan boleh bermain dengan tempo yang laju

Antara kereta yang digunakan oleh Salah ialah Mercedes-AMG GLE Coupe, Bentley Continental GT, Bentley Bentayaga, Audi Q7, Porsche 911 Turbo S Cabriolet dan Lamborghini Aventador.
7. Kylian Mbappe Lottin – pemain bola profesioanal berasal dari Peranchis yang bermain untuk kelab Paris Saint-Germain dan juga pasukan kebangsaan Peranchis. Mbappe memiliki Ferrari 488 Pista, Mercedes Benz V-Class (eh buat apa dia beli van?), Volkswagen Tuareg, Volkswagen MultiVan. Pelik gak citarasa mamat ni
8. Karim Benzema – merupakan pemain kebangsaan Peranchis dan juga pemain di kelab Real Madrid. Dengan duit yang berkepuk-kepuk, Benzema memiliki Bugatti Chiron, Bugatti Veyron, Mercedes McLaren SLR Sterling Moss, Audi RS6, Audi Q8, Audi RS3, Ferrari 488 Pista, Lamborghini Urus, Lamborghini Aventador, McLaren 720S, Rolls Royce Wraith dan Mercedes AMG G65.

9. Erling Haaland – pemain yang berasal dari negara Norway ini bermain di German Bundesliga iaitu untuk kelab Borussia Dortmund. Buat masa sekarang Haaland bermain untuk Manchester City dengan bayaran 1 juta USD seminggu dengan kekayaan terkumpul 40 juta USD.Walaupun baru berumur 22 tahun, Haaland boleh memiliki Audi RS6 Avant, Range Rover Sport, Mercedes-AMG GLE COUPE dan Rolls Royce Cullinan.