Artikel PilihanBuletin

MASALAH KENA LAMPU TINGGI? STICKER AJAIB PENYELESAIANNYA

Di China, masalah pemandu kurang ajar memandu dengan lampu tinggi memang jadi fenomena setempat. Polis juga telah melakukan pelbagai usaha menyedarkan pemandu tetapi itulah masalahnya, mereka suka guna lampu tinggi tanpa sebab.

Minggu lepas, kami siarkan seperti yang dilaporkan oleh laman rasmi Weibo (facebook versi China) Polis Trafik Daerah Shenzhen mendenda seorang pemandu dengan menyuruhnya duduk sambil lampu kereta polis dihalakan kepadanya.

BACA – DENDA LAMPU TINGGI DI CHINA

Bukan sahaja didenda dengan duduk di kerusi dan merenung lampu kereta polis yang terpasang, pesalah juga dikenakan penalti saman kira-kira RM170. Tapi adakah mereka ini insaf? Mungkin ya dan mungkin tidak. Jadi daripada mengharapkan pihak berkuasa, pemandu di sana ada cara yang lebih kreatif dengan menggunakan sticker (pelekat)

lampu-tinggi-china-1

Ini bukanlah sticker M7 Japan seperti yang biasa anda jumpa dilekatkan pada kereta-kereta juara lebuhraya di Malaysia. Ini adalah pelekat refektif yang memantulkan imej apabila lampu disuluh. Disebabkan kedudukan cermin bekakang tinggi, setiapkali lampu tinggi disuluh, sticker ini akan memantulkan imej menyeramkan.

Bayangkan sedang memandu di Kodiang di tengah malam. Sebuah Datsun Bahulu yang perlahan kemudian kau high beam dia. Keluar imej macam ni. Terkejut, boleh terjun masuk gaung barangkali.

Kalau ada jual begini di Malaysia, rasa elok juga kami pun nak pakai. Bukan pada yang bagi lampu tinggi tapi banyak sangat kereta yang tak dilaras sudut lampunya dengan betul. Lampu bawah pun suluh pokok kelapa.

sumber

south china morning post

 

lampu-tinggi-china-1 lampu-tinggi-china-1 lampu-tinggi-china-7 lampu-tinggi-china-6 lampu-tinggi-china-5 lampu-tinggi-china-4  lampu-tinggi-china-2

Google ads
Back to top button