Artikel PilihanBuletin

SELAMAT JALAN SHUNJI TANAKA – KETUA PEREKA MAZDA MIATA (1946-2021)

Dalam fasa pandemik yang serba kucar kacir dan ditambah pula bencana banjir yang melanda Malaysia, kami nyaris terlepas pandang pemergian seorang tokoh permotoran yang berjasa besar kepada dunia.

Beliau ialah Shunji Tanaka, ketua pereka Mazda yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan asal Mazda Roadster/Miata yang cukup terkenal di seluruh dunia. Tanaka telah meninggal dunia pada 12 Disember lepas pada usia 75 tahun.

Tanaka mula terlibat dalam projek Miata seawall tahun 1986 sewaktu Mazda memulakan projek “light weight sports” ataupun LWS yang kemudian dikenali dengan nama projek J58G. Sebelum itu beliau telah berkhidmat dengan Mazda selama 15 tahun dan sedang mengusahakan projek Mazda Sentia-929 pada masa itu.

Sebagai sebuah syarikat kecil, Mazda memang mempunyai sumber dan jumlah kakitangan yang sangat terhad. Masa depan projek LWS ni pun sebenarnya sangat samar-samar.

Namun Tanaka berjiwa besar dan sanggup memikul tanggungjawab untuk menghasilkan rekaan LWS. Bayangkan punya la miskin Mazda pada masa tu sehingga untuk menghasilkan model tanah liat LWS pun kena selesaikan dulu projek Sentia. Meja pun tak cukup beb untuk hasilkan model tanah liat. Nasib baik tak buat atas lantai kan?

Sama seperti rekaan mana-mana model lain, rekaan chasis bermula dengan pertandingan antara studio-studio rekaan dan tiga finalis masing-masing dari Tokyo, Hiroshima dan California. Hanya California menghasilkan model convertible dan ia dipilih sebagai pemenang tapi Tanaka sempat melawak tentang rekaan Kouichi Hayashi dari studio California yang Hayashi sudah terbiasa makan steak di California dan sudah terlupa rasa sebenar sushi. Eh, korang faham tak ni?

Maksud Tanaka ialah rekaan prototaip Kouichi kelihatan hampir sama dengan RX-7 FC. Tanaka kemudian memendekkan lagi jarak tapak roda dan ‘mengikis’ beberapa lapisan pada model tersebut agar lebih ‘kurus’. Hampir 1.2 juga dikikisnya sehinggalah kelihatan seperti rupa yang kita kenali sekarang.

Sebagai hobi, Tanaka gemar membuat ukiran topeng Noh (haih, bukan Noh Hujan okey), yang banyak menggunakan garisan dan lekukan yang mudah. Nah, jadi sekarang korang dan tahu macam mana Miata boleh dapat bentuk macam tu. Inspirasi dari topeng tradisi Jepun rupanya.

Untuk bahagian dalam pula, Tanaka mendapat ilham dari ruangan minum the tradisi Jepun, ringkas dan minimalis. Lebih tepat ialah ruangan ataupun bilik untuk minum teh samurai klasik di Hiroshima yang terselamat dari serangan bom atom satu ketika dahulu.

Selepas berkhidmat di Mazda, Tanaka kemudian berhijrah ke Kawasaki tapi beliau kekal aktif dalam acara perjumpaan Mazda Roadster Club dan sentiasa dijemput sebagai tetamu kehormat. Rekaan Miata sememangnya sangat ikonik dan masih dikekalkan hingga kini sampai Abang Japar pun termimpi-mimpi untuk memilikinya. Terima kasih Tanaka-san dan selamat jalan.

Kredit Japanesenostagiccar.com untuk gambar dan sumber

Google ads
"
"
Back to top button