Buletin

MARAH LALUAN TIKUS DITUTUP, PENDUDUK BAKAR PENGHADANG DAN KAWAT DURI DIBINA POLIS

Berang kerana laluan tikus ditutup, segelintir penduduk bertindak agresif dengan membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis. Perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, masyarakat seharusnya memahami pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bagaimanapun ada masyarakat yang tidak mengambil endah dengan arahan yang telah dikuatkuasakan. Ia terbukti dengan sikap tidak bertanggunjawab dengan merosakan penghadang dan kawat duri yang telah dibina di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan.

Tindakan itu dilihat seperti memberontak kerana ‘laluan tikus’ yang biasa mereka lalui di sempadan antara kedua-dua negeri berkenaan telah ditutup sepenuhnya.

Susulan itu, Roslee memberitahu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.

Pihaknya juga sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dgn kejadian merosakkan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Astro Awani

Google ads
Back to top button