Artikel Pilihan

SELEPAS 53 TAHUN, KILANG LEJEN HIGASHI FUJI YANG HASILKAN TOYOTA AE86, CENTURY, MARK II DAN SPORTS 800 DITUTUP

Pada 7 Disember lalu, Toyota telah mengadakan satu majlis penutupan kilang Higashi Fuji untuk selama-lamanya.

Kemudahan berusia 53 tahun itu bertanggungjawab menghasilkan model-model ikonik Toyota seperti Sports 800, Mark II, AE86 dan Century.

Pada Februari 2022, pembinaan bandar eksperimental masa depan yang berfungsi untuk menguji dan membangukan teknologi-teknologi seperti pemanduan berautonomi, robotik, mobiliti peribadi, rumah pintar dan kepintaran buatan bakal bermula.

Terletak berhampiran Gunung Fuji, kilang Higashi Fuji memiliki keluasan 1.42 juta kaki persegi di atas tanah seluas 66 ekar. Ia telah menerima banyak penambahbaikan yang jarang berlaku pada sebuah kilang kenderaan.

Kilang berkenaan dibina oleh Kanto Auto Works, sebuah anak syarikat Toyota yang pada asalnya membina bas dan sebilangan kecil kereta Toyota. Pada tahun 1954, Toyota membeli saham syarikat itu dan mengembangkannya menjadi kilang berskala besar.

Kilang Higashi Fuji memulakan operasi pada Mei 1967 dengan model Sports 800. Tidak lama kemudian, saluran pengeluaran kedua dibuka untuk membina Toyota Century.

Kereta-kereta ini masih dibina menggunakan tangan. Menjelang tahun 1976, produksi ditingkatkan dengan penghasilan model X30 Corona Mark II, kemudian X60 Mark II pada tahun 1980.

Pada tahun 1983, ia mula menghasilkan AE86 Corolla Levin. Kilang pemasangan utama model itu sebenarnya dilakukan di kilang Takaoka di Toyota City. Tetapi memandangkan kereta tersebut sangat popular, saluran pengeluaran kedia ditambah.

Model-model popular lain yang turut dipasang di sana ialah teksi Crown Comfort, Soarer/Lexus SC, MPV Isis, Porte/Spade, Carina ED dan JPN Taxi. Sepanjang beroperasi, kilang itu sudah menghasilkan 7.5 unit kenderaan.  

Kilang tersebut mempunyai 1,100 pekerja dengan 400 daripada mereka hampir bersara. Jadi, baki 700 lagi akan dipindahkan ke kilang-kilang lain. – Nostalgic Car

Google ads
Back to top button