Artikel Pilihan

BAIT TAWAR G-SHOCK DW5600 INITIAL-D. EDISI TERHAD, RM812 SEUTAS

Berita baik untuk semua peminat filem dan anime/manga Initial-D. ini kerana jenama pakaian jalanan BAIT bekerjasama dengan G-SHOCK untuk menghasilkan seutas jam yang istimewa.

BAIT ialah jenama kasut dan pakaian jalanan yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Ia telah berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal seperti Reebok, ASICS, Saucony dan Onitsuka Tiger untuk menawarkan koleksi edisi terhad kepada para peminatnya.

Jam tangan itu mengetengahkan tema jentera Toyota Sprinter Trueno APEX AE86 yang dipandu oleh hero Initial-D, Takumi Fujiwara.

Dibina di menggunakan model DW5600 berbentuk petak dengan muka digital, jam tangan tersebut hadir dalam warna putih dan jalur hitam. Talinya diserlahkan dengan tulisan Jepun bersama logo Initial-D berwarna merah.

Bahagian belakang ditempa dengan logo Initial-D. Logo itu juga akan menyala pada dial apabila butangnya ditekan. Pakej itu disempurnakan dengan kotak yang dilengkapi ilustrasi jentera AE86 berwarna hitam putih.

Selain aspek estetika, model DW5600 menawarkan pelbagai ciri asas seperti lampu asas, kalis gegar dan kalis air sehingga kedalaman 200 meter. Jam itu juga hadir dengan ciri penggera dan jam randik.  

Jika berminat, anda boleh mendaftar di laman web BAIT dan membeli jam tangan tersebut pada harga AS$200 (RM812) seutas.

Ia juga boleh didapati di kedai BAIT Chapter di AS bermula 26 Disember dan dengan jumlah terhad di Jepun. – Funtasticko.net

GALERI

Google ads
Back to top button