
SENARAI KERETA BARU YANG AKAN DIPASARKAN PADA TAHUN 2024
Kurang daripada 20 hari sahaja lagi tahun 2024 akan menjelma dan seperti biasa kami akan meneka beberapa model baru yang akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun depan. Namun dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kita mungkin menyaksikan beberapa model akan ditangguhkan pelancaran dan juga jualan kenderaan yang semakin perlahan
1. Honda CR-V – bakal membuat penampilan dalam bulan terakhir tahun 2023, tapi penjualan dan CR-V akan diterima oleh pelanggan mulai tahun 2024. Terdapat 2 pilihan trenkuasa yang boleh dipilih samaada enjin 1500cc turbo ataupun trenkuasa hibrid dengan enjin 2000cc 4 silinder NA sebagai pengecaj bateri
Varian tertinggi dijangka akan menggunakan sistem e:HEV menjana sekitar 181 kuasa kuda dan 335Nm tork iaitu lebih tinggi berbanding dengan Honda Civic e:HEV RS. Buat pertama kali juga Honda turut mengetengahkan sistem audio BOSE 12 pembesar suara dan juga kamera 360 darjah
2. Perodua SUV D66B – tiada nama rasmi setakat ini daripada Perodua tapi bagi pasaran Indonesi ia menggunakan nama Yaris Cross. Mungkin nama Myvi Cross pun sedap juga. Berbeza dengan pasaran Eropah, Yaris Cross untuk ASEAN menggunakan cesi DNGA-B yang sama digunakan oleh Vios dan Alza
Terdapat 2 pilihan trenkuasa yang disediakan samaada enjin 1500cc petrol dual-VVTi yang menjana sekitar 105 kuasa kuda (bagi pasaran Indonesia) ataupun varian hibrid yang menjana 109 kuasa kuda bagi pasaran Thailand. Buat masa ini, khabar angin mengatakan Perodua D66B dinamakan sebagai Perodua Nexis.
3. BYD Seal – merupakan model Ocean dalam keluarga BYD selepas Dolphin dan juga BYD Seagull. Namun berbeza dengan model Ocean yang lain, Seal menggunakan rekaan sistem elektrik 800 Volt tapi On Board Charger kekal pada 7kW. Terdapat 3 varian yang ditawarkan samaada Dynamic, Extended Range atau Performance AWD.
Dynamic Range boleh dipandu sejauh 460km dengan satu motor elektrik yang menjana 201 kuasa kuda, Extended Range dengan 570km dan motor elektrik 308 kuasa kuda dan akhir sekali Performance AWD yang boleh dipandu sejauh 520km dengan 2 motor elektrik yang menjana 523 kuasa kuda
4. Toyota Vios Hibrid – model Vios terbaru ini akan menerima trenkuasa hibrid bagi mencabar Honda City Hibrid RS e:HEV. Berdasarkan maklumat semasa, trenkuasa ini adalah hampir sama dengan Yaris Cross yang menjana 109 kuasa kuda dan boleh dipandu sejauh 26km bagi setiap liter petrol.
5. Toyota Hiace – buat masa sekarang hanya varian panel daripada model lama yang dijual oleh Toyota menjadikan Van buatan China terpaksa menjadi pilihan pengguna. Namun berita baiknya mungkin Toyota akan membawa masuk van popular ini untuk pasaran dalam negara.
Kami masih lagi kabur dengan tawaran spefikasi yang akan ditawarkan, mungkin Hiace akan ditawarkan dengan enjin 2400cc turbodiesel ataupun enjin 3000cc. Bagi pasaran Thailand, Hiace datang dengan keupyaan membawa sehingga 10 penumpang
6. Toyota Yaris Cross petrol & Hibrid – crossover adalah salah satu produk yang boleh membawa banyak keuntungan menjadikan model ini adalah salah satu model yang akan dibawa masuk oleh Toyota. Dari segi spesifikasi dan kehendak pasaran, besar kemungkinan kita bakal menerima kedua dua trenkuasa samaada hibrid dan juga petrol
7. Toyota Camry Facelift – Toyota Camry masih lagi menggunakan rekaan yang hampir sama sperti yang diperkenalkan pada tahun 2018. Biarpun menerima perubahan dari segi teknikal iaitu enjin yang baru serta trenkuasa baru pada tahun lepas, Toyota dikatakan telah bersedia memberikan model facelift untuk Camry pada tahun 2024. Tiada perincian yang diterima buat masa ini tapi kami merasakan ia adalah tindakan yang tepat
8. Proton X70 Facelift – diperkenalkan pada tahun 2018 dan telah menerima Minor Facelift pada tahun 2022 dengan menerima enjin 1500cc 3 silinder turbo serta transmisi 7 kelajuan DCT yang lebih cekap tenaga. Pada tahun 2024 kami menjangka Proton mungkin mengetengahkan sistem Android Auto atau Apple Car Play pada crossover popular ini
9. Tesla Cybertruck – walaupun Tesla baru sahaja melancarkan model ini di pasaran antarabangsa dan baru sahaja menyelasaikan tempahan bagi model yang lama, Tesla telahpun meletakkan model Cybertruck ini di laman sesawang mereka. Ini memberi gambaran yang model ini bakal dijual secara rasmi dalam masa terdekat
Terdapat 3 varian yang ditawarkan untuk pasaran luar negara samaada pacuan roda belakang satu motor elektrik, dua motor elektrik AWD yang menjana 600 kuasa kuda dengan jarak perjalanan 550km dan varian 3 motor elektrik Cyberbeast yang menghasilkan 845 kuasa kuda dan jarak perjalanan 510km



