
DUCATI DIAVEL V4 BENTLEY EDITION DIRASMIKAN – HANYA 500 UNIT, DARI RM340K
Selepas kerjasama dengan Lamborghini, Ducati kali ini mengalihkan pandangan kepada sebuah lagi jenama mewah, Bentley.
Hasilnya, Ducati memperkenalkan Ducati Diavel Bentley Edition bagi tahun 2024.

Kerjasama kali ini menyaksikan Ducati mengguna pakai Diavel V4 yang menawarkan 168hp daripada enjin Granturismo V4 1,158cc yang telah dicat dengan warna British Racing Green.
Menurut Ducati, Diavel Bentley Edition ini diilhamkan dari Bentley Batur yang merupakan kereta Bentley paling berkuasa pernah dihasilkan. Untuk itu, rupa estetik Diavel ini telah diolah agar tampak mirip dengan Bentley Batur.
Ducati turut mereka semula ekzos pada Diavel V4 Bentley Edition ini sementera corong udara di bahagian kiri dan kanan lampu depan mempunyai gril yang menyamai Bentley Batur.

Difahamkan, beberapa pereka Bentley turut dipinjamkan bagi pembangunan model ini yang terhad kepada 500 unit sahaja.
Sementara itu, model ini juga hadir dengan komponen gentian karbon termasuk bahagian ‘mudguard’, pelindung lampu, ekzos, radiator serta panel sisi.

Dalam pada itu, pemilik juga akan turut menerima koleksi khas bagi setiap pembelian Diavel V4 Bentley Edition ini yang merangkumi jaket dan helmet.
Dalam pada itu, Ducati turut memperkenalkan Ducati Diavel V4 Bentley Mulliner Edition. Bagi model ini, hanya 50 unit diperkenalkan. Lebih menarik, hanya pemilik Bentley sedia ada dibenarkan membeli model ini.
Menurut Ducati, Diavel V4 Bentley Edition ini ditawarkan pada harga GBP58,000 (RM340k) sementara Diavel V4 Bentley Mulliner Edition dijual pada harga GBP71,000 (RM416k).
GALERI:










