Buletin

ANDREAS MIKKELSEN KEMBALI SEMULA KE KELAS UTAMA WRC BERSAMA HYUNDAI MOTORSPORT

Pasukan Hyundai Motorsport akhirnya telah mengesahkan senarai barisan pemandunya bagi menghadapi FIA World Rally Championship 2024 apabila menamakan Andreas Mikklesen sebagai pemandu mereka yang terkini.

Pemandu yang berasal dari Norway itu akan berkongsi jentera ketiga Hyundai i20 N Rally1 bersama Dani Sordo dan juga Esapekka Lappi bagi musim hadapan. Andreas Mikkelsen, pemenang tiga kali perlumbaan WRC sebelum ini pernah menyertai pasukan Hyundai dari 2017 hingga ke tahun 2019 namun kemudiannya beliau memutuskan untuk kekal fokus dalam saingan WRC2 dan berjaya memenangi kejuaraan tersebut pada tahun 2021 dan 2023 bersama jentera Skoda Fabia.

Dan Andreas Mikkelsen akan selagi lagi kekal bergandingan bersama Juruarah Torstein Eriksen bagi memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 bergilir bersama dua orang lagi rakan sepasukan. Sudah tentu kepantasan dan dedikasi yang dimilikinnya menjadikan itu sebagai alasan mengapa beliau kembali dipilih semula oleh Hyundai Motorsport.

Selain daripada itu, Andreas Mikkelsen juga akan membantu pasukannya dari segi pembangunan berterusan untuk jentera Hyundai i20 N Rally2 dan berlumba untuk kelas WRC2 musim hadapan.

Prinsipal pasukan Cyril Abiteboul menyatakan keterujaannya tentang kepulangan Andreas Mikkelsen, mengakui kesan yang boleh dibawanya kepada pasukan.

“Adalah mengujakan untuk melihat Andreas kembali ke skuad kami, kerana dia membawa kejayaan dan banyak pengalaman yang akan memberi manfaat kepada kami dalam kedua-dua WRC dan Rally2,” katanya. “Terima kasih kepada kepakaran mereka yang sedikit berbeza dan pengalaman yang banyak, gabungan Esapekka, Dani dan Andreas akan memberi kami peluang untuk meletakkan pasukan terbaik ke hadapan untuk setiap acara untuk bertarung bersama Thierry [Neuville] dan Ott [Tänak].”

Sementara itu, Andreas Mikkelsen turut menyatakan bahawa peranan beliau musim ini adalah jelas untuk membantu pasukan dan juga dua pemandu utama Thierry Neuville dan Ott Tanak dalam mengejar kejuaraan WRC dengan cuba mencuri mata daripada lawan seperti Elfyn Evans.

Menurut Andreas Mikkelsen lagi, beliau bersedia untuk memberikan ruang dan memperlahankan jentera bagi membolehkan dua pemandu utama Hyundai terus berada di hadapan asalkan pemandu lawan berada di belakangnya.

Kali terakhir Andreas Mikkelsen beraksi dalam kelas utama adalah di Wales Rally GB pada tahun 2019 dan sudah tentu peluang untuk kembali semula ke pentas utama adalah sasaran utama beliau selama ini.

Nampaknya pasukan Hyundai Motorsport sudah menemui ramuan yang tepat untuk merangkul kejuaraan WRC bagi kategori Pemandu dan juga Pengeluar. Pengurusan yang mantap serta barisan pemandu yang hebat. Tapi bolehkah?

BACA : OTT TANAK SAH AKAN KEMBALI SEMULA KE PANGKUAN PASUKAN HYUNDAI MOTORSPORT MUSIM HADAPAN

BACA : WRC 2024 – INILAH DIA BARISAN PEMANDU UNTUK PASUKAN TOYOTA GAZOO & HYUNDAI MOTORSPORT BAGI MUSIM HADAPAN

Google ads

B K

Back to top button