Artikel Pilihan

SENTUHAN TOM’S RACING JADIKAN GR COROLLA LEBIH MENGANCAM – GEREK SEH

Toyota GR Corolla yang baharu sahaja dilancarkan memang sangat-sangat mengkagumkan. Boleh ke nak jadikan ia lebih ‘ganas’? Boleh dengan bantuan Tom’s Racing. Modifikasi Tom’s Racing akan membuatkan GR Corolla standard nampak err…jinak.

Syarikat tuner ternama dari Jepun ini telah bergabung dengan pemandu rali terkemuka, Takamoto Katsuta untuk menghasilkan hot hatch demo terbaru mereka (apasal tak guna khidmat juara rali Mentakab?). Pengalaman Katsuta berlumba dengan pasukan Toyota Gazoo Racing memberikan beliau pengetahuan untuk menjadikan GR Corolla ini lebih hebat.

Tom’S Racing menamakan ciptaan mereka ini sebagai GR Corolla Type TK. Lepas ni baru muncul Type AJ kot? Ha ha. GR Corolla mereka ini lebih ganas dengan penampilan gril hadapan yang yang baharu lengkap dengan splitter di bahagian kira dan kanan bumper.

Tak cukup dengan splitter ditambah pula dengan sirip kecil di bahagian bawah bumper untuk membantu aerodinamik. Bukan sekadar untuk kosmetik tetapi ia membantu kawalan dan menambaik sistem penyejukan.

Bahagian sisi diberikan skirting yang lebih menonjol. Bahagian belakang juga tidak kurang hebatnya dengan sayap yang mempunyai vortex generator bersepadu. Kalau GR Corolla standard mempunyai 3 paip ekzos, Tom’s Racing tambah lagi dua menjadikan 5 paip ekzos kesemuanya. Fuh, kedai Wei Yip dah ada ke ekzos model ni? Nampak berlebihan kan? Tapi bila Tom’s Racing yang buat memang nampak ngam lah.

Harganya masih belum diumumkan untuk pakej Tyoe TK ni tapi menurut Tom’s Racing, mereka akan mula menerima tempahan bermula 1 Mac ini. Kit ini akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan September atau November depan. Okey la tu kot, kereta pun tak beli lagi ni.

Google ads
Back to top button