Artikel Pilihan

ALKISAH TATA NANO – APA SUDAH JADI?

Kehadiran kereta super kecil, Tata Nano pernah menggemparkan dunia automotif baik di India mahu pun seluruh pelusuk alam. ideanya bijak, untuk menawarkan peluang kepada golongan bawahan untuk merasa memiliki parkir kereta sendiri depan pintu rumah.

BACA : ECONOMY CAR – USAHASAMA TATA MOTORS DAN VOLKSWAGEN

BACA : RS SUPER TRUCK & BUS BUKA PUSAT 3S TATA DI BIDOR

Setelah berjaya melancarkan trak pikap mampu milik Tata Ace pada tahun 2005, Tata Motors mula merancang pula untuk mengeluarkan sebuah kereta bandar yang mampu milik. Sekaligus memberikan peluang kepada rakyat India, daripada membeli motosikal kepada sebuah kereta kecil yang mampu milik.

Dengan harga yang ditawarkan serendah 1 lakh rupee (RM6,134), ia dianggap harga yang hampir tidak masuk akal untuk sebuah kereta. Mahal lagi harga Yamaha R15 di Delhi sana. Dengan saiz sebuah beca, ianya kira ngam untuk memuatkan empat orang dengan mudah.

Mempunyai kelebaran 1.5 meter, tingginya pula membawa ke 1.6 meter manakala panjangnya pula membawa ke 3.1 meter. Rupa luarannya pula sudah cukup untuk membuatkan sang anak kecil gembira apabila melihatkan tatkala sang bapa pulang ke rumah sambil memandu kereta.

Akan tetapi bagi golongan yang mempunyai Akaun KWSP dan perlindungan takaful beratus ribu, pasti merasa sedikit jelek dengan reka bentuk Nano ini. Melihatkan ruang dalamannya pula benar-benar menampilkan ciri minimalis tetapi masih praktikal. Stereng masih dalam saiz bulatan penuh walaupun harga kereta ini terlalu murah.

Lengkap pula dengan pemain cakera padat lagi. Cuma pembesar suara terpaksa diletakkan diatas papan pemuka bagi menjimatkan kos. Bagi mejimatkan kos lagi, nadi utama yang bersesaran 624cc ini ditempatkan di bahagian belakang bonet. Dan untuk mengaksesnya pomen harus membuka tempat duduk belakang terlebih dahulu. Haru juga dibuatnya.

Enjin sekecil ini hanya mempunyai 33hp. Tak payah nak laju sangat. Asal boleh jalan sudah. Itulah prinsip yang digunapakai oleh pihak Tata sebenarnya.

Bila dah tak laju, pakai brek jenis drum depan belakang pun cukup. Kalau tak berhenti juga, boleh buka pintu main tahan aja dengan kaki nak bagi berhenti si Nano ini. Jimat.

Bilah dah murah sebegini, sepatutnya Tata Nano ini boleh dijual dengan mudah. Malah, diawal dahulu, Tata Motors sebenarnya menyasarkan untuk menjual sehingga  250000 unit setahun. Namun, rekod jualannya pada 2016/17 sebenarnya jauh sangat dari sasaran. Tak sampai lapan ribu unit pun terjual.

Jadi, apa yang tidak kena sebenarnya? Kalau Brader Karrager jadi Ketua Pegawai Pemasaran Tata, mau tutup akaun FB dah. Benda patut boleh jugal tetapi tak laku.

Ada yang berkata, persepsi masyarakat di sana yang mengatakan bahawa si Nano ini murah, jadi sudah tentulah aspek keselamatan dan kualiti produk menjadi topik buat sembang di kedai kopi dan laman sosial. Itu belum lagi ada kes si Nano yang terbakar. Satu lagi faktor barangkali kenaikan harga yang begitu drastik sekali.

Kini harganya menjangkau sehingga RS 2.28 lakh (RM14,501). Memang orang tak belilah kalai harga murah kini hanya tinggal kenangan sahaja. Sungguhpun demikian, pengurusan Tata mengatakan produksinya tetap akan berjalan. Masa sahaja yang akan menentukan bilakah riwayat si Nano ini bakal berakhir.

Google ads

B K

Back to top button