Buletin

DAH DAPAT SEAT RECARO, PEMAIN ‘KUTU’ TERUS SENYAP. SIAP BLOK NOMBOR ORANG

Beberapa hari lepas tular satu hantaran mengenai seorang pemain ‘kutu’ untuk kerusi Recaro menghilang diri selepas mendapat barangan tersebut hingga mencetus tanda tanya.

“Untuk peringatan player kutu yg lain..kalau rasa tak boleh bayar, awak roger je..jangan senyap dan block orang,” tulis pemilik akaun Facebook bernama Junaidir Jalal.

Pemain ‘kutu’ bernama ‘Oden Bowl‘ tersebut mendapat undi giliran pertama, namun setelah mendapat kerusi Recaro, dia menghilangkan diri dan tidak membuat sebarang pembayaran sehingga masuk giliran pemain yang kesembilan.

Tambah Junaidir, akibat daripada sikap Oden Bowl, kini pemain ‘kutu’ lain terpaksa menunggu sehingga bayaran oleh semua ahli selesai untuk melayakkan pemain seterusnya mendapat barang.

Junaidir juga mendedahkan sekiranya ada sebarang masalah, dia terbuka untuk berbincang dan bukannya hanya melihat (tanda biru) sahaja pesanan yang dihantar.

Dia memberi peringatan kepada pemain ‘kutu’ yang lain, sekiranya tidak boleh membuat pembayaran supaya tidak mendiamkan diri atau menyekat nombornya.

“dah dapat undi no 1, bila dah dapat barang, masih nak buat hal. Oden Bowl sila bayar hutang..sekarang ni dah nak masuk player no 9, kesian dorang sebab bila tak cukup orang bayar, dia takkan dapat barang. Awak mesti pelik kan sebab bila masa awak ada hutang saya, sebenarnya awak berhutang dengan kawan saya, tapi hakikat dia awak berhutang dengan saya, sebab barang-barang kami semua dari tempat yang sama,” luahnya.

Peniaga aksesori kereta itu turut memberi amaran kepada Oden Bowl bahawa hutang tersebut perlu dilangsaikan segera. Jika masih mendiamkan diri, kereta Toyota Vios biru milik individu tersebut akan ditularkan di media sosial.

Bagi anda yang masih tidak mengetahui ‘main kutu’ ini, ia adalah satu skim menyimpan dan mengumpul wang dalam tempoh singkat dan kebiasaannya disertai oleh beberapa orang pemain dengan jumlah bayaran bulan tertentu.

Cabutan nombor akan dibuat bagi menentukan giliran peserta mendapat wang atau barang mereka. Biasanya salah seorang akan dilantik sebagai ibu kutu untuk mengumpulkan wang sebelum diserahkan kepada penerima setiap bulan. – Funtasticko

Google ads
Back to top button