Modifikasi

PERDANA ENJIN 4G63 EVO III

Soalnya sekarang bukan lagi jumlah. Saya rasa Perdana sudah tak semasyur empat atau lima tahun lalu. Tak pasti kenapa. Tetapi ramai kalangan kawan-kawan rapat yang dulu setia dengan Perdana, sekarang telah beralih ke kereta lain. 

Perdana masih sebuah kereta yang bagus. Satu masa dahulu, model SEi pekak adalah platform paling popular kerana ia murah. Sekarang Perdana V6 pun dia orang bantai sahaja kalau nak ubah suai.

Kelebihannya ialah Perdana masih boleh lepas pinjaman di bank. Kalau badan Perdana V6, bahagian dalamannya sudah tidak perlu buat pun tidak mengapa.  Lagipun, kalau memang nak tukar enjin dan kotak gear, barang-barang lama V6 ada harga apabila hendak dijual balik. V6 memang terkenal dengan kotak gearnya yang lemau itu.

DSC_7181

Ramai mekanik kata masalah itu berpunca daripada kegagalan reka bentuk. Walaupun Mitsubishi Jepun tak pernah mengaku dan tak pernah saya tahu ada Proton buat ‘recall’ untuk model ni.

Sebab itu jugalah saya sangat menyokong kalau ada siapa-siapa yang nak main kereta ni. Tidak perlu pikir panjang, terus guna kotak gear manual sahaja. Mahal sikit tak apa janji kepala tak sakit. Kotak gear automatiknya kalau jenis rosak pasal ‘slip’ tak apa lagi. Ini tidak, jenis masuk D terus tak ada gear langsung.

Kereta Rozaidi ini adalah contoh ubah suai enjin yang agak ekstensif untuk sebuah kereta yang sebenarnya orang jarang buat upgrade enjin. Masing-masing nak kerja senang, pasang V6TT 6A12 setel. Tetapi Rozaidi mahukan sebuah Perdana yang lebih laju daripada biasa. Jadi, dia  memiilih enjin 4G63 EVO III. Tidak ada masalah, mountingnya pun sama.

DSC_7190

Enjin ini kemudian dirojakkan dengan kepala selinder daripada VR4. Bloknya dikahwinkan dengan kebuk Pajero 2.4 dengan piston yang dipakai daripada enjin 2J. Turbo asal ditukar kepada TD05 dengan aksesori wastegate turbosmart, blow-off valve Greddy dan paip custom. Intercoolernya masih Evo III punya. Intake manifold yang nampak tidak serupa original itu adalah buatan custom dari Works Engineering dan penapis udaranya berjenama HKS.

Peningkatan drastik kapasiti dan turbo bermakna ia tidak lagi makan minyak serupa Alza. Penggunaan minyaknya lebih mirip kepada Ferrari. Keperluan ini juga menyebabkan beberapa peralatan lain diperlukan seperti sebuah pam luaran Walbro, penyuntik tambahan 560cc dan sebuah regulator Tomei. Sebuah radiator custom 3 layer juga dipasangkan supaya tak menggelabah setiap kali boost meter suhu pun ikut naik.

Kuasa yang dihasilkan enjin dipetakan oleh komputer Tomei jenis berdiri sendiri. Bukan ECU tu berdiri, maksud saya ‘stand alone’. ECU ini menggantikan ECU asal. Katanya memang sedap, boost lebih tepat dan AFRnya tak pernah gagal.

DSC_7203

Kuasa ini kemudian disalurkan ke permukaan jalan menerusi kotak gear manual lima kelajuan dengan pacuan empat roda. Tak payah pikir panjang, salin terus 4WD Eterna masuk sini. Kemudian pasang LSD Kaaz dan klac Exedy. Masuk gear satu, tekan sampai 7,000 ribu RPM, launch!

Sistem suspensi yang cemerlang dan terbilang sudah tentulah sangat diperlukan pada kereta power macam ni. Rozaidi memadankan set boleh laras SDW. Saya tidak pernah dengar pula jenama ni. Brek kereta semuanya daripada model Mitsubishi Evo III dengan pad Bendix.

Akhir sekali, rim Super Advan 17 inci dengan kelebaran lapan inci di hadapan dan sembilan inci di belakang. Tayarnya ialah Dunlop bersaiz 225/45 depan dan 235/45 di belakang.

DSC_7199

Bahagian kokpit kereta ini amatlah kemas. Kerusinya semua Recaro. Stereng Momo Subaru tu saya tak tau pula boleh guna dalam Perdana? Atau kena ubah suai hubnya? Tuil gearnya daripada  Ralliart, papan pemuka Eterna, boost meter APEXi, meter tambahan NRG dan timer APEXi. Sistem audio pula ialah Kenwood.

Bodykit kereta ialah Eterna model klon Perdana. Sebenarnya, pakai bodykit apa pun pada kereta ini tak jadi masalah. Rupanya serupa itu juga saya rasa. Kalau berani, boleh pakaikan jenis widebody tapi kena buat betul-betullah, kalau tak nampak macam mengkarung. Agak susah nak cipta benda baru sebab sedan yang besar macam ni lebih selamat dengan sentuhan minimum saja.

Benda saya paling suka pada kereta ini ialah enjinnya. Bukan sebab power membelah bumi, tetapi sebab cantik dan kemas. Kalau anda nak tau, kaedah wire tuck memang trend yang hangat sekarang.

Seronok kalau dapat bay enjin besar dan enijn yang tak berapa besar. Cuba buat wire tuck pada K-Car tengok berpeluh tak berpeluh ketiak pomen. Tetapi janganlah buat wire tuck pada Ford Ranger pula!

[hr]  Spesifikasi

Model: Proton Perdana 2.0 Sei / 1996

Enjin: 4G63 EVO III, blok Pajero 2.4, head VR4, hi cam 272, turbo TD05, piston 2J, wastegate turbosmart, blow-off Greddy, radiator 3 layer custom, oil cooler Evo III, pam Walbro, injektor 560cc, ECU Tomei

Transmisi: Manual lima kelajuan, klac Exedy, LSD Kaaz

Suspensi: SDW boleh laras

Brek: Evo III pad Bendix

Dalaman: tempat duduk Recaro, papan pemuka Eterna, stereng Momo Subaru, audio Kenwood, custom trim carbon, meter boost APEXi, timer APEXi, meter tambahan NRG

Luaran: Bodykit Eterna, sunroof Toyota

Warna: Pearl white dengan custom decals

[hr] Galeri

DSC_7178DSC_7180DSC_7176DSC_7182DSC_7183DSC_7185DSC_7186DSC_7191DSC_7192DSC_7197DSC_7201DSC_7202DSC_7207

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button