Buletin

SHELL KEMBALI SERTAI WRC

Shell hari ini mengumumkan bahawa ia akan kembali menyertai Kejuaraan Rali Dunia (WRC) F.I.A. (Féderation Internationale de l’Automobile) selaku Rakan Kejuaraan Pasukan Rali Dunia Hyundai Shell.  

Hyundai-WRC-Launch-1 (1)

Jentera Hyundai i20 WRC baharu akan menggunakan minyak enjin Shell Helix Ultra. Selain mempamerkan jenama Shell Helix dalam semua acara WRC bermula dengan penyertaan pertama pasukan mereka di Rallye Monte-Carlo pada 16-19 Januari 2014.

Shell telah sekian lama mencipta kejayaan dalam sejarah WRC. Bersandarkan kepada perjanjian perkongsian global selama lapan tahun dengan Hyundai Motor Company, hubungan dengan Hyundai Motorsport ini menandakan permulaan era baru yang dinamik bagi Shell.

(L-R) Colin Abraham, Shell Vice President Marketing (Fuels and Lubricants) with G.H. Choi, President of Hyundai Motorsport GmbH

“Shell teruja untuk kembali ke WRC pada 2014 bersama dengan Hyundai Motorsport,” kata Naib Presiden Pemasaran Shell (Bahan Api dan Pelincir), Colin Abraham.

Jentera Hyundai i20 WRC akan memanfaatkan pengalaman serta hasil penyelidikan dan pembangunan termaju Shell. Sekumpulan pakar daripada Shell sudah mula bekerjasama dengan pasukan juruteknik Hyundai Motorsport untuk menyediakan keperluan minyak pelincir enjin Shell Helix Ultra, di samping produk lain untuk kegunaan dalam perlumbaan, ujian dan pembangunan.

Hyundai Shell World Rally Team drivers Thierry Neuville (L) and Nicolas Gilsoul

Kejuaraan Rali Dunia FIA adalah satu daripada perlumbaan sukan bermotor paling mencabar di dunia. Ia melibatkan pelbagai bentuk permukaan jalan dan suhu di antara 30°C hingga +40°C yang menuntut enjin memberikan prestasi paling tinggi.

Minyak pelincir Shell Helix Ultra boleh membantu melindungi enjin berprestasi tinggi daripada enapan yang boleh menjejaskan kuasa dan prestasi dalam setiap acara WRC.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button