
HYUNDAI KUASAI PASARAN KERETA SEGMEN A DI VIETNAM – CATAT JUALAN 10,752 UNIT i10
Hyundai Korea Selatan mengambil kesempatan untuk mendominasi pasaran kereta segmen A setelah pengeluar Vietnam dan Jepun memutuskan untuk memberhentikan jualan model berkenaan di Vietnam pada tahun lepas.
Hyundai mencatatkan jualan 10,752 unit model i10, sementara pengeluar Vietnam, VinFast berjaya menjual 10,661 unit Fadil, model paling popular di negara itu pada 2021, sebelum Vinfast keluar dari pasaran di pertengahan Julai 2022.
Meskipun model Jepun seperti Wigo dan Brio mempunyai kelebihan dari segi jenama, tetapi dari segi harga, ia gagal bersaing dengan model kereta Korea Selatan yang dipasang di Vietnam.

Secara matematik, pelanggan hanya mahu melabur pada kos permulaan yang rendah dengan pilihan versi baharu. Maka, kedua-dua Hyundai i10 dan Kia Morning lebih menarik perhatian serta mendapat tempat di sana.
Untuk rekod pasaran kereta di Vietnam tahun lalu, Kia telah menjual 3,979 model Morning, manakala Honda mencatat jualan 1,953 unit Honda Brio. Toyota Wigo pula dijual sebanyak 488 unit.
Walau bagaimanapun, Honda Brio dan Toyota Wigo telah dikeluarkan dari pasaran pada separuh kedua tahun 2022 kerana enjin kedua-dua model itu tidak memenuhi piawaian pelepasan Euro 5 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Vietnam.
Brio dijangka berada dan dijual di Vietnam sekali lagi pada akhir tahun ini menerusi versi naik taraf terutamanya dalam mematuhi piawaian kerajaan Vietnam.
Dalam perkembangan sama, VinFast turut merancang untuk menggantikan Fadil dengan model CUV elektrik kecil yang dipanggil VF 5. VF 5 dijangka berada di pasaran pada harga AS$19,407 (RM84,168) tidak termasuk bateri dan penghantaran akan bermula pada bulan April.
- BACA: VIETNAM JADI NEGARA ASEAN PERTAMA TERIMA CIVIC TYPE R FL5. HARGA BERMULA RM381K
- BACA: DATUK BANDAR DIPENJARA KERANA RASUAH, LITAR F1 BERNILAI RM2.83 BILION DI VIETNAM TERBIAR
- BACA: VIETNAM BATALKAN SEMUA LESEN KAFE DAN PERNIAGAAN DI TRAIN STREET. TIADA LAGI TARIKAN SANTAI TEPI REL KERETA API
- BACA: VIETNAM PERTIMBANG BINA LANDASAN KERETAPI KELAJUAN TINGGI, KOS CECAH RM261 BILION







