Artikel Pilihan

SIRI SEMBANG: CHEVROLET AVEO PULA

Nah, kali ini Brader Karrager bawakan satu lagi temubual kereta yang orang dah tak berapa nak ingat tapi suatu ketika agak popular juga terutamanya di kalangan pemandu wanita, Chevrolet Aveo. Aveo ini ditemui ketika sedang melepak seorang diri di tepi Dataran Merdeka malam hari.

BACA : KEMPEN PANDU SELAMAT CHEVROLET

BACA : JOM SEMBANG BERSAMA PROTON SAVVY

Brader: Hai Aveo. Bukan main kau lepak Dataran malam-malam ni. Mak tak marah ke?

Aveo : Eh, macam kenallah. Ni Brader yang tulis dalam Mekanika tu kan. Bukan main sakan interview kereta sana sini.

Brader : Aku tulis ni pun pasal ada permintaan dari pembaca juga. Aku memang cari kau lama dah ni.

Aveo : Hah? Ada orang yang minat lagi ke dengan saya ni Brader?

Brader : Mestilah ada Veo. Cuba kau kenalkan sikit tentang diri kau ni. Budak-budak Wicet rasanya ramai yang tak kenal kau ni siapa sebenarnya. Jangan diaorang ingat kau ni Myvi juga sudahlah.

Aveo : Sebenarnya saya ni berasal dari Korea Brader. Nama asal saya adalah Daewoo Kalos. Saya ni lahir daripada kahwin campur antara Daewoo dan juga General Motors. Tapi saya sebenarnya lebih suka guna nama Kalos tu lagi. Barulah K-Pop orang kata. Cumanya bila dieksport ke luar, terpaksa guna lain.

Brader : Pulak dah. Kenapa tak kekalkan nama Kalos tu aja? Kan senang.

Aveo : Entahlah Brader. Ni hal orang-orang tua kita sebagai anak janganlah masuk campur sangat kan. Dah itu yang diputuskan, kita ikut sahajalah. Tapi kan, bila saya ni dipasarkan ke luar negara, ramai juga orang yang minat. Terutamanya kaum hawa.

Brader : Yang itu aku boleh terima juga. Memang ramai orang perempuan minat. Cuma kau perasan tak, sebenarnya kau ni waktu dilancarkan dahulu saing dengan Jazz? Harga kalau banding, kira kau murah lagilah.

Aveo : Betullah tu Brader. Saya pun macam perasan juga. Cuma orang kata enjin 1.5 L E-TEC saya ni lemau sikit. Jenuh saya kena gelak dengan Jazz, mentang-mentanglah dia pakai VTEC. Tapi kalau sembang bab minyak, saya jimat lagi dari si Jazz tu.

Brader : Hmm. Apa pasal sekarang ni dah tak nak pakai nama Aveo ni lagi?

Aveo : Minta maaf Brader. Bab ni saya pun tak ada jawapan. Kena tanya orang tua saya pasal apa nama Sonic yang dipilih. Brader perasan tak, si Sonic ini pun tak banyak sebenarnya yang wujud atas jalanraya ni. Kasihan pula dengan si Sonic tu.

Brader : Nak buat macam mana. Orang kita ni takut nak pakai kereta Korea ni sebab maintenance mahal kot.

Aveo : Alah Brader ni. Nak ungkit bab yang itu memang saya kalahlah. Nak buat macam mana, dah nama kereta bukan Jepun, mestilah mahal sikit dia punya parts. Brader ni, dari mula-mula interview, asyiklah ungkit bab maintenance ni.

Brader : Kau kena faham Veo. Ini sebenarnya ramai yang suruh aku tanyakan. Aku sampaikan aja.

Aveo : Macam ni lah Brader. Rasanya kalau nak pakai kereta, kena beringat juga waktu yang tak diduga ni. Waktu sedap pakai kereta bukan main memuji. Bila sakit sikit, jenuhlah viral kan dalam FB la, IG la kata mahal itu la. Ini la. Cuba beringat sikit, sakit ni datang dari Allah juga. Saya pun tak minta sakit. Cuma ada masa, sakit tu nak datang kena hadap juga. Yang penting beringat. Jangan nak merampan tak tentu hala aja kerjanya. Duit enjoy tu simpanlah sikit buat bela saya di kemudian hari.

Brader : Amboi tarbiyah kau. Boleh tahan ustad-ustad juga kau ni.

Aveo : Hihihi! Saya sebenarnya rajin juga layan tv Al-Hijrah sama Astro Oasis tu. Tengoklah, kalau ada rezeki, ingat tahun depan nak masuk Pencetus Ummah pula.

Brader : Apa-apalah Veo. Aku doakan yang baik-baik ajalah untuk kau nanti.

Google ads

B K

Back to top button