Artikel Pilihan

ROOF BOX – SILAP PERKIRAAN BOLEH MEMBAWA BENCANA (VIDEO)

Sekarang ini antara aksesori selepas jualan yang sangat popular ialah roof box. Dulu penggunaannya popular di kalangan pengguna MPV dan SUV tapi kini Axia pun ada yang pakai roof box. Ia memang berguna untu-k perjalanan jauh seperti balik kampung kerana memberikan ruang tambahan untuk bagasi dan pelbagai barangan lain tapi pada masa yang sama ia juga mempunyai bahayanya yang tersendiri.

Satu ujian yang dijalankan oleh syarikat Allianz menunjukkan bahawa anda mesti sangat berhati-hati jika menggunakan roof box. Jangan main campak je barang-barang sampai penuh kemudian tutup. Dalam sesi ujian ini, roof box berkapasiti 380L telah digunakan dan diisi dengan kelengkapan ski dan beberapa barangan lain.

Perlanggaran yang berlaku dalam ujian menunjukkan beberapa barangan tercampak keluar menembusi bahagian hadapan roof box dengan tekanan beberapa tan akibat impak perlanggaran.

CEO Allianz menyatakan yang dalam kemalangan yang berlaku pada kelajuan 30 batu sejam, kereta akan segera berhenti dari 30 batu sejam ke 0 batu sejam. Namun barangan yang berada di dalam roof box masih mempunyai daya momentum 30 batu sejam. Dengan bahasa mudahnya, kandungan roof box masih mempunyai daya seperti peluru meriam yang bersedia untuk ditembak keluar.

Kalau langgar dinding atau pokok mungkin okey lagi kot, tapi kalau kemalangan melibatkan kenderaan yang datang dari arah bertentangan macam mana? Dah la dalam roof box tu ada durian musang king, rambutan, pulasan, dabai dll? Naya Pak Karim oi.

Nak lebih faham tengok je pautan video ni. Dan untuk untuk bangsa Mekanika yang menggunakan roof box, Allianz ada beberapa tips untuk keselamatan semasa menggunakan roof box.

  1. Periksa bebanan maksima yang boleh dibawa pada bahagian bumbung kenderaan anda dalam buku manual penggunaan terma. Kira sekali berat roof box itu sendiri selain barang-barang yang dimuatkan ke dalamnya.
  2. Sentiasa yang kenderaan dengan muatan penuh (dengan atau tanpa roof box) memerlukan jarak berhenti yang lebih panjang.
  3. Sewaktu membrek, barangan dalam roof box akan menggelongsor ke hadapan dan belakang – pecut dan brek dengan berhati-hati.
  4. Roof box akan mengubah pusat gravity kenderaan anda jadi pandu dengan lebih berhati-hati.
  5. Letakkan barangan yang lebih berat di bahagian bawah dan begitu juga sebaliknya.
  6. Jangan melangkaui had muatan yang disyorkan oleh pengeluar roof box dan kereta anda.
  7. Jangan lupa had ketinggian bila memasuki kawasan seperti pakir bertingkat.
  8. Agihkan berat barangan secara sama rata di dalam roof box.
  9. Periksa tekanan angin tayar – adakah perlu ditambah ataupun dikurangkan untuk disesuaikan dengan berat keseluruhan yang semakin bertambah.
  10. Roof box bukan untuk bergaya, jadi kalau tak pakai sila tanggalkan dan simpan di tempat yang sesuai.
  11. Belilah roof box yang berkualiti dan bukan hanya yang cantik bergaya sahaja.

Nombor 10 dan 11 tu kami tambah sendiri untuk peringatan kita bersama. Jangan sampai aksesori untuk keselesaan menjadi aksesori yang mengundang bahaya.

Google ads
Back to top button