
MITSUBISHI LANCAR LORI FUSO EV DI HONG KONG, JACKIE CHAN BOLEH GUNA BUAT FILEM POLIS NI
Daimler Truck iaitu anak syarikat kepada Mitsubishi Fuso Bus and Truck Corporation telah melancarkan lori komersial khas untuk perdagangan yang dinamakan sebagai eCanter di Hong Kong. eCanter adalah lori elektrik yang dihasilkan oleh Fuso untuk pasaran Asia dan Jepun
Fuso eCanter ditawarkan dalam 3 varian samaada S, M, atau L dengan kapasiti bateri berbeza ditawarkan dalam 7 varian. Lori ini berupaya membawa beban antara 5000kg sehingga 8550kg bergantung pada varian dengan sistem e-axle yang berupaya menjana sehingga 173 kuasa kuda. dan 390Nm tork
Varian S ditawarkan dengan bateri 41kWh, M 83kWh dan L dengan bateri 124kWh boleh dipandu antara 99km, 213km dan 324km berdasarkan varian. Bateri ini boleh dipenuhkan dengan sistem DCFC 70kW mengambil masa antara 40, 65 dan 90 minit.
Bagi tujuan keselamatan, semua lori ini akan dihadkan kelajuan pada 90km/jam tetapi Mitsubishi Fuso Bus and Truck Corporation memberi jaminan yang Fuso eCanter boleh mendaki pada kecuraman 20% dengan beban yang penuh tanpa masalah. Untuk rekod kebanyakan jalan dibina dengan kecuraman 10% sahaja di Malaysia
Fuso eCanter juga akan ditawarkan dengan ciri keselamatan aktif seperti Active Sideguard Assist 1.0 dan Active Attention Assist bagi memenuhi regulasi keselamatan jalanraya di Hong Kong, iaitu salah satu kawasan dengan kepadatan tinggi di dunia dengan pejalan kaki dan pengguna jalan raya
Bagi menggalakkan pemain industri logistik dan pengangkutan bertukar kepada lori berkuasa elektrik, kerajaan Hong Kong telah menubuhkan New Energy Transport Fund dengan dana sebesar RM 660 juta dalam bentuk subsidi. Antara yang disasarkan ialah van elektrik dan lori elektrik termasuklah Mitsubishi Fuso eCanter

