
PIKAP TRAK? TAKDE HAL,MUSTANG ADA NAK ANGKUT BARANG
Cuba bayangkan kenderaan Mustang digunakan untuk mengangkut barang-barang.
Kalau tak boleh bayangkan perhatikan sahaja gambar yang dimuat naik reddit ini.
Jangan pula cuba meniru tindakan yang dilakukan di Florida, Amerika Syarikat itu.
Ia berikutan tindakan berkenaan sangat tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan pengguna jalan raya.
Kelihatan pemandu ini sangat memerlukan perkhidmatan mengangkut U-Haul ataupun meminta bantuan rakannya yang memiliki pikap trak.
Begitupun, dia mengambil keputusan menyelesaikan masalah berkenaan dengan mengangkut menggunakan jentera Ford Mustang.
Membawa muatan melebihi had dan tanpa kargo bersesuaian sangat merbahaya apatah lagi jika barangan terjatuh atau berlaku kemalangan.
Jangan diulangi perbuatan ini walaupun pada jarak dekat kerana perkara tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa. – autoevolution
- BACA: BOMBA LERAI FORD MUSTANG SHELBY GT 500 DALAM LATIHAN. BOLEH NANGIS OI!!!
- BACA: VIDEO TULAR MUSTANG REMPUH NISSAN DI KAWASAN PARKIR.APA AJE MASALAH KORANG?
- BACA: FORD MUSTANG SHELBY GT350, GT350R SECARA RASMI TERKUBUR MUSIM LURUH INI
- BACA: FORD MUSTANG MACH 1 DIJUAL SECARA GLOBAL. DIJANGKA MASUK PASARAN TAHUN HADAPAN