Buletin

MAHKAMAH THAILAND ARAH TOYOTA BAYAR CUKAI IMPORT RM1.2 BILION

Sebuah mahkamah di Thailand telah memutuskan bahawa Toyota bahagian tempatan perlu membayar AS$272.11 juta (RM1.2 bilion) sebagai cukai tambahan selepas ia mengimport komponen tidak tertakluk kepada pengurangan tarif.

Toyota telah mengimport alat ganti dari Jepun semasa membina Prius di Thailand antara 2010 dan 2012. Pada 2019, mahkamah memutuskan bahawa alat ganti yang diimport ini sepatutnya dianggap sebagai “kit knock-down,” lapor Reuters.

Mengikut Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun-Thailand (JTEPA), tarif bagi alat ganti kereta adalah 30 peratus. Bermakna, kini ia mencapai kadar tarif sebanyak 80 peratus berbanding yang ditetapkan.

Pada bulan ini, Mahkamah Agung Thailand mengekalkan keputusannya pada 2019. Namun, Toyota berkata telah membayar kadar cukai yang lebih rendah berdasarkan JTEPA untuk alat ganti itu. Toyota juga mengesahkan mereka akan mematuhi peraturan terkini. Cukai tersebut turut menjejaskan ke atas lebih 20,000 model Prius yang dipasang di kilang Toyota’s Gateway.

Dalam era di mana penggunaan kereta elektrik sepenuhnya semakin meluas, difahamkan bahawa Prius generasi kelima hampir pasti akan kekal sebagai hibrid plug-in. Kenderaan baharu itu akan berasaskan Europe-specific E3 platform yang menggabungkan elemen seni bina GA-C Corolla dan C-HR dengan seni bina elektrik bZ.

Toyota percaya bahawa hibrid plug-in akan memainkan peranan sangat penting dalam dekad yang akan datang. Prius baharu juga akan menampilkan bateri bipolar nickel-metal hydride, sama seperti Toyota Aqua baharu, menghasilkan output dan kecekapan yang lebih baik.

Google ads
Back to top button