Buletin

PERABOT MEWAH BENTLEY

Satu koleksi baharu perabot dan aksesori rumah Bentley telah dipamerkan di acara pameran Maison & Objet di Paris baru-baru ini.

Bentley-furniture-mekanika (1)

Direka dan dikilang dengan kerjasama Luxury Living Group yang merupakan antara pengeluar perabot utama di Eropah, koleksi itu mengambil inspirasi daripada dunia pengembaraan.

Perabot rekaan arkitek Carlo Colombo itu mencetuskan gaya hidup mewah yang dikaitkan dengan pengalaman berada di dalam sebuah Bentley. Sofa, kerusi malas, konsol dan katil, ditambah dengan aksesori seperti kotak curut, bingkai gambar dan pasu bunga jelas menyerlahkah nilai estetik.

Bentley-furniture-mekanika (4)

Palet warna perabot itu pula terdiri daripada warna-warna hangat seperti coklat cair, coklat gelap, merah bata, kelabu, biru dan banyak lagi. Elemen-elemen jahitan pakaian lelaki seperti jalur halus dan corak Bentley yang ikonik turut diaplikasikan.

Material baldu buatan tangan digunakan untuk memberikan kualiti dan kehalusan yang tiada tandingan. Material-material premium seperti akar briar daripada pokok chestnut dan walnut pula digunakan sebagai struktur serta permukaan perabot.

Bentley-furniture-mekanika (3)

Koleksi perabot mewah Bentley terdiri daripada:

Sofa Winchester: Harga bermula €13,600 (RM70,237)
Sofa Winston: Harga bermula €13,600 (RM73,563)
Kerusi malas Ashley: Harga bermula €5,700 (RM30,833)
Kerusi malas Lauren: Harga bermula €4,400 (RM23,799)
Katil Berkeley: Harga bermula €7,400 (RM40,027)
Meja kopi Cliffden: Harga bermula €7,600 (RM41,105)

Bentley-furniture-mekanika (6)

Boleh tahan murah harga dia…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button